
Trend Teman Wanita Upahan
Tekanan kerja dan komitmen dengan keluarga mencetuskan trend dalam kalangan golongan dewasa di China untuk mendapatkan khidmat sebagai teman wanita upahan.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, ada gadis sanggup menawarkan perkhidmatan sedemikian.
Pada April tahun lalu, Southern Weeklu pertama kali melaporkan fenomena teman wanita upahan di seluruh negara.
Bagaimanapun, ia kurang mendapat perhatian dalam talian kerana hanya menerima kurang daripada 1,000 tanda suka di Weibo.
Baca: Jadi Teman Lelaki Untuk Disewa Sederhana
Baru-baru ini, pengguna media sosial di China melihat perkhidmatan itu muncul di jalan yang sibuk di Shenzhen, menurut NetEase News.
Gadis muda dilaporkan menawarkan khidmat pelukan, kucupan dan peneman di jalan sekali gus menarik perhatian meluas di media sosial mengenai ‘kerjaya’ bergaji itu.
Bagaimanapun, tawaran itu tidak berunsur seksual.
Di sebelah stesen kereta api bawah tanah di Shenzhen, seorang gadis membuka gerai dengan papan tanda bertulis, “Satu yuan bagi pelukan (kira-kira 64 sen), 10 yuan (kira-kira RM6.40) untuk ciuman, 15 yuan (kira-kira RM9.60), jika menonton filem bersama-sama.”
Dua gadis lain dilihat membuka gerai di dataran jalan pejalan kaki, dengan papan tanda bertulis, 20 yuan (kira-kira RM13) untuk membantu kerja rumah dan 40 yuan (kira-kira RM26) sejam untuk minum bersama.
Laporan media tempatan mendedahkan sebahagian teman wanita upahan itu boleh meraih 100 yuan (kira-kira RM64) menerusi khidmat ditawarkan.
Perkhidmatan teman wanita upahan itu mengundang pelbagai reaksi di media sosial.
“Gadis ini boleh meluangkan masa pada hujung minggu dan juga dapat bertemu dengan ramai orang yang menarik. Saya ingin mencuba dan berbual dengan mereka,” tulis pengguna aplikasi Douyin.
“Aktiviti teman wanita upahan adalah sukarela untuk kedua-dua pelanggan dan gadis. Ia juga boleh dianggap sebagai cara untuk menghilangkan tekanan dan bersosial,” tulis seorang lagi netizen.
“Memberi harga pada persahabatan wanita adalah tidak hormat dan menjatuhkan maruah mereka,” tulis seorang lagi yang tidak bersetuju dengan trend teman wanita upahan.-hmetro

Leave a Reply