Saintis China Ubah Suai Genetik Bayi

Saintis China Ubah Suai Genetik Bayi

Saintis China Ubah Suai Genetik Bayi

Saintis China, He Jiankui yang pernah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas mendedahkan bahawa dia mengubah suai genetik bayi, memaklumkan kembali ke makmal untuk mengusahakan rawatan Alzheimer dan penyakit genetik lain.

Portal NDTV melaporkan, He memberitahu akhbar Jepun bahawa beliau menyambung semula penyelidikan mengenai ubah suai genom embrio manusia.

Ia meskipun berdepan kontroversi mengenai modifikasi genetik.

“Kami akan menggunakan embrio manusia yang dibuang dan mematuhi peraturan domestik dan antarabangsa,” katanya sambil menambah tidak bercadang untuk menghasilkan lebih banyak bayi yang diubah suai genomnya.

Sebelum ini, He menggunakan alat yang dikenali sebagai Crispr-Cas9 untuk mengubah suai asid deoksiribonukleik (DNA) dalam embrio.

Pada 2019, mahkamah di China menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada He kerana melanggar peraturan perubatan.

Ini menyusuli penegasannya pada tahun sebelumnya bahawa beliau terbabit dalam mengubah suai secara genetik terhadap kembar bernama Lulu dan Nana, sebelum kelahiran mereka.

Tindakannya menerima kecaman meluas kerana meneruskan prosedur berisiko dan tidak wajar dari segi perubatan kerana tanpa persetujuan yang mencukupi daripada keluarga terbabit

Mahkamah memutuskan He memalsukan dokumen daripada panel semakan etika untuk mendapatkan pasangan yang bersetuju untuk penyelidikannya.

He didakwa menggunakan teknik penyuntingan gen Crispr-Cas9 untuk mengubah DNA dalam embrio adik-beradik perempuan itu, dengan menegaskan bahawa pengubahsuaian itu akan memberikan imuniti terhadap HIV kepada kanak-kanak.

He terus mempertahankan eksperimennya itu dengan mengatakan dia berbangga dengan Lulu dan Nana, lapor The Guardian.

Seorang lagi kanak-kanak perempuan dilahirkan melalui eksperimen yang sama pada 2019.

Kembar berusia lima tahun sudah bersekolah di tadika.-hmetro

About admin 1230 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply