Bedah Hidung Sendiri, Lelaki Masuk ICU

Bedah Hidung Sendiri, Lelaki Masuk ICU

Bedah Hidung Sendiri, Lelaki Masuk ICU

Seorang lelaki dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Brazil, gara-gara tindakan ‘berani matinya’ melakukan sendiri pembedahan hidung.

Oddity Central melaporkan, lelaki yang tidak didedahkan namanya oleh pihak hospital terbabit melakukan pembedahan berpandukan video tutorial di YouTube.

Baca: Alat Sembur Hidung Cegah Covid-19 Bakal Dilancar Thailand

Lelaki itu memberitahu doktor yang dia tidak menggunakan sebarang sarung tangan ketika melakukan prosedur berkenaan.

Bukan setakat itu, lelaki terbabit juga tidak membersihkan luka pada hidungnya.

Lelaki itu, memberitahu pakar hidung, tekak dan telinga bahawa dia mendapat idea untuk melakukan pembedahan hidungnya di YouTube.

Dia menggunakan alkohol untuk membasmi kuman dan menggunakan ubat bius untuk menghilangkan rasa sakit.

Selesai ‘pembedahan’ itu, lelaki itu menggunakan benang penyerap dan gam untuk menutup lukanya.

Menurut kenyataan hospital berkenaan, pesakit pada mulanya dirujuk kepada pasukan perubatan kesihatan mental.

“Pesakit kemudian dirawat oleh pasukan mulut dan maksilofasial (BMF). Pasukan itu menjalankan pembersihan luka, pembalut dan bimbingan mengenai penjagaan yang diperlukan (kepada lelaki itu).

“Pesakit (itu) keluar dari hospital pada hari yang sama, selain dirujuk untuk pemeriksaan susulan dengan pakar BMF,” kata kenyataan itu.

Menurut hospital berkenaan, pesakit datang ke hospital pada 21 Julai, tetapi kesnya hanya didedahkan oleh media, akhir bulan lalu.

Perkongsian video mengenai pembedahan hidung di rumah, yang didakwa mengajar orang bagaimana untuk menjadikan hidung mereka lebih kecil, mendapat perhatian di media sosial.

Sehubungan itu, doktor memberi amaran bahawa prosedur pembedahan amatur sedemikian bukan hanya ada kesan sampingan tetapi juga berisiko menyebabkan kematian.

Persatuan Pembedahan Plastik Brazil (SBCP) juga menerbitkan kenyataan amaran di laman web rasminya, menjelaskan bahawa pembedahan hidung selain sebagai prosedur perubatan eksklusif.

Katanya, ia memerlukan seseorang memerlukan pengkhususan dan kelayakan untuk melakukan prosedur berkenaan.-hmetro

About admin 892 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply