Pengemis Tapi Punya Rumah 3 Tingkat

Pengemis Tapi Punya Rumah 3 Tingkat

Pengemis Tapi Punya Rumah 3 Tingkat

Menggemparkan apabila terbongkar kisah warga emas wanita dan anaknya yang menyamar menjadi pengemis tetapi hidup senang dengan memiliki rumah tiga tingkat.

Tribunnews melaporkan, kisah itu mendapat perhatian selepas perkongsian pencipta kandungan, Pratiwi Noviyanthi di saluran Youtube tular.

Susulan pendedahan itu, jabatan kebajikan sosial wilayah Jakarta datang ke kediaman wanita berkenaan untuk menyiasat.

Baca: Tiga Warga Emas Pecah Rumah Curi RM6.07 Dan Wiski

Dalam kunjungan itu, pegawai bertugas peringatan supaya tidak kembali mengemis di jalanan.

Terdahulu, wanita itu dan anaknya dilaporkan menyamar dengan menjadi pengemis di jalanan.

Dia dan anaknya bagaimanapun ditahan dalam satu operasi dijalankan bermula awal bulan ini hingga 31 Ogos depan.

Bertitik tolak daripada situ, terbongkar identiti dua beranak itu yang sebenarnya tidak termasuk dalam golongan susah.

Ia kerana mereka memiliki rumah tiga tingkat di Teluk Gong Selatan dekat Jakarta Utara.

Maklumat itu diperoleh hasil siasatan dan pemeriksaan pegawai bertugas ketika mengadakan kunjungan ke rumah dua beranak itu.

Semakan juga mendapati mereka cukup keperluan harian. Bagaimanapun, dua beranak itu mengemis dengan alasan untuk membeli ubat untuk ibunya.-hmetro

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply