Kanak-Kanak Tertembak Kaki Bapa Ketika Berburu
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun tidak sengaja melepaskan tembakan dari senapang memburu ke arah kaki bapanya.
Kejadian itu menyebabkan kaki lelaki itu terpaksa dipotong, menurut sumber polis yang memberitahu AFP pada Isnin.
Kejadian berlaku di Cournon d’Auvergne, sebuah bandar di tengah negara ini, Ahad lalu.
Kanak-kanak itu berada di dalam kereta ketika sesi memburu apabila mereka berhenti untuk berbual dengan rakan-rakan yang juga sedang berburu, kata sumber polis.
“Kanak-kanak itu melepaskan tembakan dan mengenai bapanya di bahagian kaki, menurut polis yang turut memaklumkan bahawa punca sebenar kejadian masih belum jelas.
Polis bagaimanapun mengesahkan bahawa ‘tidak semua peraturan keselamatan dipenuhi’.
Presiden Persatuan Pemburu Tempatan, Dominique Busson berkata bahawa pemburu sepatutnya mengosongkan senapang mereka sebelum berkumpul, namun mereka gagal berbuat demikian.
Kanak-kanak lelaki itu dibawa ke wad psikiatri untuk kaunseling, manakala siasatan polis adalah untuk menentukan “bagaimana seorang kanak-kanak berusia empat tahun mengendalikan senapang memburu itu”, kata sumber polis.
Leave a Reply