Kereta Kelisa Jelajah Hampir 25 Negara
Kuala Lumpur: “Saya rasa hampir tiga kali macam nak hilang nyawa,” kata pengembara, Nursulhi Rahim, 47, yang menjelajah hampir 25 negara dengan Perodua Kelisa yang dibeli sejak 2004.
Nursulhi yang memulakan pengembaraan sejak 4 Januari 2019 berkata, ketiga-tiga kejadian akibat ribut salji menyebabkan kereta terbabas.
Baca: Budak 9 Tahun Curi Pandu Kereta Ibu Ke Sekolah
Kontraktor yang tinggal Tampin, Negeri Sembilan itu berkata, kejadian berkenaan masing-masing berlaku di Sweden, Turkiye dan Switzerland.
“Selain itu, ketika di India, pada Aidilfitri pertama hingga ketiga, saya berada di dalam hutan tanpa sebarang komunikasi dengan dunia luar.
“Saya pernah melalui jalan paling bahaya di dunia. Saya dapat keluar daripada kawasan itu dan sangat bersyukur,” katanya yang mengembara sejauh 53,391 kilometer (km) sepanjang tempoh berkenaan.
Antara negara dikunjunginya dengan Perodua Kelisa itu adalah Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Sri Lanka, China, Bulgaria, Romania, Hungary, Croatia, Austria, Jerman, Sweden, Norway, Denmark, Sepanyol, Greece, Switzerland, Sweden dan Itali.
Katanya, dia mengumpul wang hampir enam tahun sebelum mengembara bersama anak sulung, Muhammad Aidil, 18.
“Saya buat kerja kontrak seperti membaik pulih rumah atau bangunan, cuci longkang, cuci tandas, di sekitar Bangi, Kuala Lumpur dan Damansara,” katanya.-hmetro
Leave a Reply