Benar Anak Gerudi Tengkorak Pakar Bedah Dipecat

Benar Anak Gerudi Tengkorak Pakar Bedah Dipecat

Benar Anak Gerudi Tengkorak Pakar Bedah Dipecat

Siasatan jenayah dijalankan selepas seorang pakar bedah di Austria, didakwa membenarkan anak remaja perempuannya menggerudi tengkorak pesakit ketika pembedahan.

Mirror UK melaporkan, insiden itu dikatakan berlaku di Hospital Universiti Graz, Graz, iaitu tempat pakar itu bekerja, pada Januari lalu.

Pakar itu dikatakan membimbing anak perempuannya, yang baru berusia 13 tahun, melakukan prosedur berkenaan.

Pada satu ketika, anak perempuannya dikatakan menggerudi ke dalam tengkorak pesakit bernama Gregor R, 33.

Gregor menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan kepala akibat kemalangan di hutan.

Pendakwa Raya Graz, Hansjoerg Bacher berkata, susulan kejadian, pihak hospital memecat pakar bedah saraf dan seorang lagi doktor.

Baca: Lelaki Muda Berpuluh Tahun Selepas Pembedahan

Lima lagi pegawai perubatan yang terbabit dalam pembedahan kecemasan itu kini turut disiasat.

“Kami kini masih menunggu laporan akhir daripada jabatan siasatan jenayah.

“Pesakit langsung tidak menyedari apa yang berlaku semasa pembedahan sehingga polis memberitahunya selepas itu.

“Dia difahamkan masih menanggung kesakitan akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan itu,” katanya.

Sementara itu, peguam Gregor, Peter Freiberger berkata, pesakit berkenaan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang dan akan mendapatkan pampasan, jika perlu.

“Pembedahan dan penggerudian adalah perlu, itu tidak boleh dipertikaikan bagi kami.

“Cuma persoalannya bagaimana boleh membiarkan seorang remaja berusia 13 tahun melakukan sesuatu seperti itu,” kata Freiberger.-hmetro

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply