Kes Covid19 Terkini di Sabah, PKPB dan Petugas Kesihatan Positif

Sabah antara negeri yang mencatatkan peningkatan penularan virus covid19.Sebanyak 11 kes positif Covid-19 baharu dikesan membabitkan petugas kesihatan di enam daerah di Sabah, semalam. Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, semua daerah yang melaporkan jangkitan ke atas petugas kesihatan ialah Tawau (empat), Semporna (tiga) dan masing-masing satu kes di Lahad Datu, Kota Kinabalu, Papar dan Beluran.

Sebanyak 61 kes dilaporkan di Semporna dan 42 di Kota Kinabalu. Ia diikuti Sandakan (33), Tawau (28), Papar (18), Ranau (tujuh), Putatan (lima), Tambunan (empat) dan Penampang (tiga). Semua kes ini antara 219 kes positif baharu yang dilaporkan di Sabah setakat semalam.

Sebanyak 122 sekolah harian di kawasan yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, Sabah bermula Rabu ini, akan ditutup sehari lebih awal.
Astro Awani melaporkan, menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan, sebanyak 86 sekolah rendah, 25 sekolah menengah dan 11 sekolah swasta akan mula ditutup esok.
“KPM ingin merujuk pengumuman Menteri Kanan Pertahanan pada 5 Oktober (hari ini) dan mengambil maklum keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk melaksanakan PKPB di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan yang akan berkuatkuasa pada 12.01 tengah malam 7 Oktober 2020.

KPM pada masa sama memberi jaminan akan sentiasa memantau situasi COVID-19 di seluruh negara bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga sekolah terpelihara.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelaksanaan PKPB di tiga kawasan tersebut.
Susulan itu, sebarang pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan.
Sumber: Astro Awani / MyMetro
About admin 316 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: