Bangsa atau kaum Dusun merupakan populasi penduduk pribumi tertinggi di Sabah. Menurut sejarah, Dusun adalah merujuk kepada sekumpulan suku kaumdi Sabah yang bertutur bahasa Dusunic dan Paitanic. 10 Fakta Menarik Tentang Suku Kaum Dusun di Sabah Yang Ramai Tak Tahu:
- Rumpun Yang Sama Dialek Berbeza
Kadazan (Tangara) dan Rungus (Momogun) adalah dua etnik yang berada di dalam rumpun Bahasa Dusun secara linguistik. Perbezaan dua etnik ini berbanding Dusun yang lain (Cth: Liwan, Tobilung & Tindal) ialah dari segi sebutan kata atau konsonan. Dialek Dusun Pesisir banyak menggunakan konsonan V, Z dan L. Sementara majoriti kaum dusun yang lain kerap menggunakan konsonan W, Y dan R. Contohnya, perkataan “Ngavi” dan “Ngawi”, “Tagazo” dan “Tagayo”.
- Istilah “Kadazandusun”
Parti Bersatu Sabah(PBS) telah mencadangkan penggabungan etnik Dusun dan Kadazan dengan istilah “Kadazandusun” pada tahun 1989. Gabungan ini sebulat suara diluluskan sebagai resolusi semasa Persidangan Delegasi Persatuan Kebudayaan Kadazan ke-5. “Kadazandusun” juga telah diiktiraf sebagai etnik masyarakat orang asal Borneo Utara dengan warisan dan budaya yang didokumenkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sejak tahun 2004.
- Kadazan Dari Segi Ilmu Bahasa
Menurut ilmu bahasa (linguistik), kadazan adalah salah satu daripada dialek bahasa Dusun, maka penggabungan istilah Kadazan dan Dusun menjadi KadazanDusun adalah berlawanan dengan ilmu Bahasa.
- Kaum Dusun di Brunei, Bisaya dan Dayak
Kaum Dusun di brunei dan Bisaya di Limbang dan Beaufort serta Dayak di Kalimantan secara Bahasa adalah termasuk dalam rumpun Dusunic sama seperti Dusun di Sabah.
- Jumlah suku Dusun di Sabah
Terdapat 81 suku Dusun Besar terbahagi kepada dua dialek besar iaitu dialek bahasa Dusunic (67 suku) dan dialek bahasa Paitanic (14 suku).
- Asal Usul Istilah Dusun
Istilah Dusun merupakan istilah yang berasal dari bahasa Jawa kuno, yang kemudian dipakai oleh kaum Melayu Brunei di dalam menyebut bangsa peribumi di Sabah yang mana telah berperang dengan tentera Brunei ketika tentera Brunei meluaskan wilayah mereka di Sabah, di mana bangsa tersebut disebut “Dusun” kerana peradaban Agrikultur mereka. Istilah “Dusun” sudah wujud sejak tahun 966 Masihi, dipakai di dalam bahasa Jawa Kromo untuk menyebut orang yang tidak dikenali dengan respect. Istilah “Dusun” di dalam bahasa Jawa Kromo bererti “kampung”, “kawasan luar kota”, “wilayah” dan “pedalaman”. Di dalam bahasa Melayu Brunei pula, ia bermaksud “kebun” atau “ladang”.
Baca: Pahlawan Dusun – Si Langkap
- Ciri-ciri Fizikal
Kebiasaannya suku dusun mempunyai kulit Putih, bermata sepet serta berbadan tegap dan sederhana tinggi.
- Pesta Menuai atau Kaamatan
Pesta menuai yang juga disebut sebagai “Tadau Tagayo Kaamatan” atau juga dikenali sebagai “Tadau Kokotuan” merupakan perayaan tahunan masyarakat Dusun di Sabah yang diadakan pada setiap 30 dan 31 Mei. Menurut budaya turun temurun, Tadau Kaamatan diadakan selepas musim menuai padi untuk memuja semangat padi yang juga disebut sebagai “magavau” dalam bahasa Dusun. Secara detailnya, “magavau” merupakan salah satu daripada upacara terpenting dalam perayaan Tadau Kaamatan.
- Pemburu Kepala
Amalan memburu kepala merupakan salah satu tradisi kuno yang pernah diamalkan oleh masyarakat Dusun. Pemenggal kepala ini digelar sebagai “pangayou” dan “singkarad”. Kepala musuh yang dipenggal akan dibawa pulang bukan sahaja sebagai trofi kemenangan, tetapi juga sebagai objek pemujaan roh dan amalan perubatan. Pemenggalan kepala tidak dilakukan untuk tujuan perang semata-mata, tetapi juga untuk memenuhi tuntutan persepsi masyarakat pada zaman itu, dan juga memenuhi syarat ritual-ritual kuno.
- Monsopiad
Monsopiad merupakan Pahlawan Kadazan yang amat gagah, selain digeruni dengan keberanian memenggal kepala musuh. Sebanyak 42 tengkorak yang disimpan dalam rumah khas dipanggil pondok tengkorak di kampung budaya dikatakan adalah hasil ‘buah tangan’ diperoleh Monsopiad ketika memerangi musuh dan penceroboh kampungnya, termasuk orang yang datang untuk mencabarnya. Selain sebagai koleksi bagi menunjukkan kehandalan dan kepahlawanan, tengkorak terbabit dikatakan menyimpan ‘semangat’ yang memberi kesaktian atau kekuatan luar biasa kepada pemiliknya, selain pelindung keluarga serta keturunan.
Sumber: wikipedia
Leave a Reply