Warga Emas Nikah Gadis, Beza Usia 48 Tahun Bukan Halangan

Warga Emas Nikah Gadis, Beza Usia 48 Tahun Bukan Halangan

Perbezaan usia 48 tahun tidak menghalang seorang warga emas nikah gadis dengan menyunting wanita pilihan berusia 25 tahun menjadi teman hidupnya.

Pernikahan Bandu, 73, dan isterinya, Imma, 25, di daerah Bone, Sulawesi Selatan pada Ahad heboh diperkatakan di media sosial.

Baca: Gadis 19 Tahun Terima Lamaran Kakek Setelah Ditolak Ibu

Sekeping foto yang tular menunjukkan pengantin lelaki segak memakai kot dan songkok manakala pasangannya cantik dengan pakaian adat Bugis.

Menurut laporan Tribunnews, warga emas itu seorang duda dan pernah bernikah dengan empat pasangan manakala wanita itu ibu tunggal anak satu.

Kedua-duanya dilaporkan menyara hidup sebagai petani.

Anak Bandu, Suriadi berkata, pernikahan terbaharu bapanya dengan Imma itu berlangsung di kediaman pengantin wanita di Puderebba, Kampung Waempubbu, Amali, Ahad lalu.

Katanya, pengantin perempuan diberikan mas kahwin sebentuk cincin emas seberat satu gram bersama wang tunai 8 juta rupiah (2,272).

“Mereka berkenalan melalui ahli keluarga yang bersetuju menjodohkan mereka,” katanya.

Pada 7 April lalu, media sosial turut heboh dengan pernikahan Bora, 58, bersama Ira Fazilah, 19, yang menerima mas kahwin 10 juta rupiah (RM2,840) dan satu hektar tanah.

Bora menggemparkan penduduk sebaik melafazkan ijab kabul dengan isterinya, Ira Fazillah yang berusia 19 tahun yang disifatkan berbeza jauh usia.

Dilaporkan sebelum itu Bora melamar ibu kandung Ira, tetapi ditolak sebelum ibu gadis itu menawarkan anak sulungnya untuk dinikahi.

“Awalnya Bora melamar ibunya, tapi sang ibu menolak, malah menawarkan anak gadisnya untuk dinikahi.-hmetro

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply