
Seorang ‘wanita’ di China hanya mengetahui hakikat dirinya selama ini wanita sebenarnya lelaki selepas dia berusia 25 tahun.
Global Times melaporkan rahsia itu terbongkar ketika Pingping yang berasal dari wilayah Zhejiang dekat timur China itu melakukan pemeriksaan di Hospital Universiti Zheijiang.
Pada mulanya, dia pergi ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan kerana terseliuh lanjut pada pergelangan kaki.
Baca: Pengsan Selepas Disuntik Vaksin Gara-Gara Takut Jarum
Sebaliknya pula, dia hanya mempunyai alat kelamin wanita ‘yang belum matang’ dan kromosom Y lelaki.
Selain itu, doktor juga gagal menemui testis tersembunyi di dalam tubuhnya, yang mungkin ‘merosot’ dan ‘menyusut.’
(Testis ialah kelenjar kelamin jantan pada haiwan dan manusia. Manusia (lelaki) mempunyai dua testis yang dibungkus dengan skrotum.)
Lelaki sebenarnya wanita
Selepas diperiksa dengan teliti, Pingping disahkan menghidap penyakit kongenital.
(Kelainan kongenital atau kelainan bawaan adalah kelainan yang didapat sejak lahir. Kondisi ini disebabkan oleh gangguan selama masa tumbuh kembang janin dalam kandungan. Kelainan kongenital dapat menyebabkan bayi lahir dengan kecacatan atau gangguan fungsi pada organ tubuh atau bagian tubuh tertentu.)
Penyakit itu kemungkinan disebabkan perkahwinan ibu bapanya dengan saudara-mara.
Pingping dilaporkan sudah berkahwin pada tahun lalu cuma tidak dikurniakan cahaya mata.
Ia kerana dia dikatakan tidak dapat hamil.
Berikutan itu, Pingping kini dinasihatkan doktor untuk merujuk dengan pakar psikologi bagi menentukan hala tuju kehidupannya.
Sumber-hmetro
Leave a Reply