Wanita Asal Afrika Barat Ini Lahirkan Bayi Kembar Sembilan

Wanita Asal Afrika Barat Ini Lahirkan bayi Kembar Sembilan

BAMAKO: Seorang wanita Mali melahirkan anak kembar sembilan di Maghribi pada hari Selasa dan semua sembilan bayinya dilaporkan dalam keadaan baik dan sihat.

Halima Cisse, 25, seorang wanita dari utara negara Afrika Barat yang miskin itu, telah dihantar ke Maghribi untuk mendapatkan rawatan lanjut yang lebih baik pada 30 Mac.

Menurut sumber, dia pada mulanya dia dipercayai mengandungkan kembar tujuh.

Baca: Wanita Hamil Kali Kedua Selang Tiga Minggu Selepas Kehamilan Pertama

Kes wanita mengandung kembar tujuh atau septuplet jarang jarang berlaku – apatah lagi kembar sembilan atau nonuplet – teramat jarang.

Bagaimanapun, jurucakap kementerian kesihatan Maghribi, Rachid Koudhari berkata, mereka tidak tahu menahu mengenai kelahiran itu di salah sebuah hospital di negara itu.

Tetapi kementerian kesihatan Mali dalam satu kenyataan memberitahu bahawa Cisse telah melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki melalui kaedah Caesarean.

“Ibu dan bayi dalam keadaan baik setakat ini,” kata Menteri Kesihatan Mali Fanta Siby kepada AFP, sambil menambah bahawa dia telah diberitahu oleh doktor dari Mali yang menemani Cisse ke Maghribi.

Katanya, mereka akan pulang dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Doktor kini memberi tumpuan terhadap kesihatan Cisse, dan juga peluang kepada bayi-bayi kembar itu untuk bertahan.

Kementerian kesihatan Mali dalam satu kenyataan lain mengatakan bahawa pemeriksaan ultrasound yang dilakukan di Mali dan Maghribi menunjukkan bahawa Cisse membawa tujuh bayi.-utusan

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply