Usahawan Kosmetik ditahan Bersama Syabu Bernilai RM5 Juta

Ketua sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas dan ditahan polis pada Selasa lepas.

Ketua sindiket itu yang juga usahawan kosmetik ditahan bersama adiknya serta dadah jenis syabu bernilai RM5 juta ringgit.

Usahawan itu dan adiknya yang merupakan seorang anggota tentera masing-masing berumur 31 dan 25 tahun ditahan kira-kira pukul 4.30 petang di tepi jalan di Taman Serdang Perdana, Sri Kembangan.

Pemeriksaaan kereta mewah jenis Mustang yang dinaiki kedua-dua suspek mendapati 120 bungkusan teh cina mengandungi dadah jenis syabu seberat 126.86 kilogram bernilai RM5 juta.

Dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga indonesia berusia 32 tahun dan 43 tahun ditahan dipercayai menjadi orang tengah urusan jual beli dadah tersebut.

Selain itu, tiga kereta jenis Nissan Almera, Toyota Innova dan Honda HRV juga dirampas.

Siasatan polis mendapati modus operandi sindiket adalah menyeludup dadah dari negara jiran di utara tanah air kemudian menjualnya ke negara lain dengan menjadika Malaysia sebagai lokasi transit.

Suspek juga mendakwa dirinya adalah mempunyai gelaran “Datuk Seri”.

Polis percaya sindiket itu sudah beroperasi melebihi lima bulan berdasarkan transaksi kewangan syarikat milik suspek.

Saringan air kencing mendapati kesemua orang tengah dalam urusan jual beli dadah itu adalah positif dan mempunyah rekod jenayah lampau.

Kredit: malaysiakini

Baca info: China Lancar Satelit Uji 6G, Teknologi Telekomunikasi Tercanggih di Dunia

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply