Ujian Calitan (Swab Test) Keluar Masuk Sabah dan Malaysia

Sektor penerbangan kini kembali rancak mempromosi sejak pembukaan semula sempadan negeri sejak 6 Disember lalu. Ujian Calitan (Swab Test) Keluar Masuk Sabah dan Malaysia.
Bagaimanapun, Standard Operating Procedures (SOP) bagi keluar dan masuk di lapangan terbang masih perlu diteruskan sejajar dengan pengumuman kerajaan untuk mengekang kes jangkitan virus COVID-19.
Bagi rakyat Malaysia atau pengembara yang mahu pulang ke negara ini, mereka perlu melakukan ujian calitan tiga hari sebelum tarikh penerbangan mereka.
Sebelum ini tempoh kuarantin selepas tiba di negara ini ialah selama 14 hari disingkatkan kepada 10 hari iaitu 3 hari (dengan swab test) sebelum penerbangan dan 7 hari selepas ketibaan.
Bagaimanapun, individu yang tidak melakukan ujian calitan sebelum berlepas ke Malaysia akan dikuarantin selama 10 hari.
Mana-mana individu yang tidak melakukan ujian calitan sebelum berlepas ke Malaysia, mereka akan dikuarantin selama 10 hari seperti mana yang diumumkan KKM baru-baru ini.

Bermula pada 24 November individu yang tiba dari Sabah hanya perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 (swab test) tiga hari sebelum berlepas dari negeri itu.

Ujian Calitan (Swab Test) Keluar Masuk Sabah dan Malaysia

Sekiranya individu berkenaan didapati positif Covid-19, mereka tidak dibenarkan keluar dari Sabah dan akan dirujuk ke hospital untuk isolasi dan kuarantin serta pemantauan.

Seperti biasa, individu atau pengembara yang dibenar meneruskan perjalanan keluar dari Sabah akan melalui saringan demam dan gejala, pemeriksaan laporan ujian swab pengesanan Covid-19 serta diwajibkan penggunaan MySejahtera selepas di pintu masuk negara di semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Mereka tidak bergejala dan laporan ujian makmal Covid-19 disahkan negatif, pengembara berkenaan tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Pergerakan Masuk ke Sabah

Dibenarkan untuk tujuan lawatan sosial (Pas Lawan Sosial) bagi kategori berikut:

  1. Kemasukan domestik (pemegang Mykad, MyPR, MyKAS)
  2. Pemegang pas-pas imigresen jangka panjang (bukan warganegara) yang sah tempoh
  3. Suami / isteri kepada rakyat Sabah dan tanggungan

Kemasukan ke Negeri Sabah bagi orang yang bukan warganegara yang tidak memiliki pas-pas imigresen jangka jangka panjang WAJIB mendapatkan Kelulusan Khas daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Pergerakan Keluar dari Sabah

Pengembara dari Sabah ke Semenanjung perlu menjalani ujian calitan (swab test). Swab test ini yang diterima sah adalah:

  1. RT-PCR (Real-Time Reverse Transcription-Polymorase Chain Reaction) atau
  2. RTK (Rapid Test Kit) Antigen

Swab test boleh dibuat di Hospital Kerajaan atau Klinik Kesihatan Kerajaan atau atau di klinik-klinik swasta yang menawarkan khidmat ujian saringan COVID-19.

Temujanji dengan klinik (kerajaan atau swasta) perlu dibuat terlebih dahulu sebelum datang untuk membuat ujian.

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: