Tuntut Pulau Spratly, China Gesa Filipina Alih Kapal

Tuntut Pulau Spratly, China Gesa Filipina Alih Kapal

Tuntut Pulau Spratly, China Gesa Filipina Alih Kapal

Filipina pada Isnin menolak gesaan China untuk mengalihkan kapal perangnya dari terumbu di Kepulauan Spratly yang dipertikaikan berikutan insiden tembakan meriam air oleh kapal Pengawal Pantai China ke atas kapalnya.

Manila memberitahu Beijing bahawa ia tidak akan meninggalkan beting yang dipertikaikan di Laut China Selatan, menuduh pengawal pantai China melakukan “tindakan berbahaya” serta menyasarkan satu daripada kapalnya dengan laser, lapor Agensi Anadolu.

Seorang pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Filipina, Jonathan Malaya berkata, peningkatan kehadiran China di Beting Second Thomas yang juga dipanggil sebagai Beting Ayungin tidak akan menyekat keazaman Filipina untuk melindungi kedudukannya di sana.

Baca: Lelaki Huni Pulau Tersunyi Utara Atlantik

Manila sengaja mendaratkan kapal perang era Perang Dunia Kedua pada 1999 untuk mengukuhkan tuntutan kedaulatan Filipina.

“Kami akan terus menempatkan tentera di dalam kapal di terumbu itu selama mana yang diperlukan,” kata Malaya pada sidang media bersama tentera, Pengawal Pantai Filipina (PCG) dan Kementerian Luar Filipina.

Beijing menggesa Manila untuk mengalihkan kapal perang itu sambil mempertahankan tindakan pengawal pantainya sebagai “profesional dan terkawal.”

Ia juga mendakwa bahawa kapal-kapal Filipina “tidak menghiraukan sekatan dan amaran berulang kali China dan cuba memindahkan bahan binaan yang digunakan untuk menyelenggara dan membaik pulih kapal itu, yang didaratkan di beting itu secara haram.”

“Pihak China menggesa Filipina mengalihkan kapal perang yang didaratkan dari Terumbu Renai dan memulihkan Terumbu Renai kepada keadaan asal,” kata jurucakap pengawal pantai China.

Manila sebelum ini memanggil duta China untuk menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan Pengawal Pantai China.-hmetro

About admin 1190 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply