WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sudah kembali bertugas semalam di pejabat biarpun kehadirannya membahayakan orang lain. Dia malah menyifatkan jangkitan COVID-19 sebagai ‘restu dari tuhan’.
Sejak keluar dari hospital Isnin beliau bekerja keras termasuk terus kembali ke Rumah Putih tanpa memakai pelitup muka, seperti mana disiarkan di televisyen, dalam usaha menunjukkan beliau bebas daripada penyakit itu.
Dalam pada virus itu sudah membunuh lebih 210,000 orang di AS. Beliau berkata “Saya rasa ini adalah restu yang saya peroleh daripada tuhan,” katanya dalam satu siaran video.
Pesaingnya dari parti Demokrat, Joe Biden, mengkritik pemimpin AS itu kerana langsung tidak mengendahkan risiko yang dibawanya. Joe Biden yang kini mendahului Trump menjelang pemilihan presiden pada 3 November ini.
“Saya rasa adalah satu tragedi kerana Presiden AS melihat COVID-19 ini sebagai sesuatu yang tidak perlu dibimbangkan sedangkan lebih 210,000 nyawa hilang di negara ini,” katanya kepada wartawan. Trump dikritik hebat kerana gagal mengawal wabak COVID-19 kerana jumlah kes positif semakin meningkat termasuk individu dalam Rumah Putih dan Washington.
“Saya mahu semua orang diberi rawatan yang sama dengan apa yang saya terima kerana saya rasa hebat,” katanya. Trump mengaitkan pemulihannya sejak diagnosis pada Khamis dan dimasukkan ke hospital pada hari seterusnya sebagai kejayaan rawatan gandingan antibodi yang masih dalam percubaan.
Sumber: Berita Harian
Leave a Reply