Tips Pasang Aircond (Penghawa Dingin)

tips pasang aircond
Tips pasang aircond (penghawa dingin) di rumah bertujuan memberi kefahaman dan panduan kepada anda.
Jika anda mahu memasang penghawa dingin atau air-condition di rumah atau pejabat pastikan membaca tips pasang aircond yang penting di bawah ini:
1) Pasang di ruangan yang selesa untuk tukang untuk menyelenggara kelak. Kalau boleh tiada katil atau meja di bawah penghawa dingin tersebut.

2) Aircond Indoor Blower sebolehnya tidak menghadap laluan keluar masuk. Ini kerana sekiranya pintu kerap dibuka, udara sejuk daripada blower tersebut akan terus ditiup keluar dan aircond perlu berkerja keras untuk menyejukkan semula bilik anda.

3) Pastikan pintu dan tingkap ditutup rapat supaya bilik cepat sejuk. Pasang langsir juga untuk halang cahaya matahari yang panas tembus ke bilik.
4) Pastikan kuasa kuda (horsepower, HP) aircond bersesuaian dengan ruang. Bilik besar hp pon kena besar. Ini akan mempengaruhi bil bulanan anda!
5) kalau nak jimat pakai la inverter aircond. Pasti semua dah tahu kan, sila rujuk energy rating. Selalunya yang ada 5 star untuk inverter aircond. Kalau compare dengan aircond biasa selalunya 2 star sahaja.
6) Rajin cuci filter. Jika indoor dah kotor sangat panggil la orang cuci. Kalau nak jimat dan murah boleh buat sendiri. Kalau tak pandai boleh belajar dari youtube, banyak je orang share cara untuk cuci filter. Filter kotor ni bergantung dengan keadaan rumah, kalau berhabuk maka cepat la kotor dan cepatlah nak kena servis.Pemasangan aircond dan pendawaian elektrik
Semoga bermanfaat!
About admin 1144 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply