6 Tips Cat Rumah Guna Cat Air Yang Wajib Anda Tahu

Rumah yang cantik tidak hanya dinilai dengan perhiasan perabot semata-mata. Kombinasi warna suasana dalaman dan luaran rumah anda memainkan peranan yang penting untuk menyerlahkan lagi keselesaan. 6 tips cat rumah (Cat Air)

Walaupun rumah lama, rumah terpakai kalau dicat semula akan kelihatan seperti baharu. Bagi rumah yang diperbuat daripada konkrit, jenis cat yang sesuai ialah cat air.

Definisi Cat air: (bahasa Inggeris: watercolour mengikut ejaan British atau watercolor mengikut ejaan Amerika), juga aquarelle (perancis, pengecil Latin aqua “air”) ialah suatu kaedah lukisan di mana cat dihasilkan daripada pigmen warna yang tergantung dalam larutan berasaskan air. Cat air merujuk kepada kedua-dua medium dan karya seni yang dihasilkan daripada pengunaan cat tersebut. Aquarelle yang dicat dengan air larut berwarna dakwat berwarna larut air dan bukannya cat air jenis moden dipanggil “aquarellum atramento” (bahasa Latin: “aquarelle dibuat dengan tinta”) oleh pakar seni, namun istilah ini semakin kurang digunakan (wikipedia).

Mereka yang ingin meluangkan masa terluang untuk mengecat rumah, boleh ikuti tips di bawah:

1. Kesesuaian cat

Beli cat yang bersesuaian untuk dalaman  (interior) atau luaran (exterior) rumah.

2. Jenama cat

Dapatkan nasihat daripada hardware ataupun pakar untuk memilih cat yang terbaik, tahan lama tetapi tidak terlalu mahal.

3. Gosok dan ratakan permukaan

Supaya cat tahan lama, gosok dan kikis cat lama supaya cat baru mudah diratakan dan sekata.

4. Gunakan berus atau roller cat yang berkualiti

Penting untuk hasil yang cantik dan menjimatkan kos kerana tidak mudah rosak.

Baca: Tips Penting Penjagaan Kereta

5. Campuran air yang tidak terlalu banyak

Cat air perlu dicampurkan dengan air. Ini memerlukan anggaran supaya tidak terlalu cair dan tidak terlalu likat. Sedang sedang saja.

6. Cat dua lapisan (undercoat + any colour)

Untuk anda yang menggunakan cat selain warna putih, undercoat warna putih diperlukan sebagai lapisan pertama sebelum lapisan kedua menggunakan warna cat yang lain.

Untuk lebih jelas sila tonton video tutorial berikut (cat putih):

Semoga bermanfaat!

 

About admin 1144 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply