
Berita baik kepada semua pengguna bekalan elektrik Sabah Electricity Sdn Bhd warga Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, SESB kini menyediakan sistem temujanji online untuk berurusan di kaunter perkhidmatan pelanggan SESB. Anda boleh membuat temujanji online SESB (temujanji atas talian) untuk memudahkan anda sebelum hadir di kaunter-kaunter perkhidmatan SESB terdekat.
Berikut adalah urusan-urusan yang boleh dibuat temujanji atas talian SESB yang telah disediakan untuk pendaftran sebelum anda perlu datang ke kaunter SESB.
- Permohonan Baru
- Pertukaran Nama
- Penutupan Akaun
Anda perlu klik pautan temujanji.sesb.com.my untuk proses pendaftaran temujanji SESB ini. Untuk lebih mudah ikuti langkah-langkah temujanji atas talian berikut:
Langkah 1
Anda perlulah klik pautan temujanji.sesb.com.my terlebih dahulu kemudian sila pilih lokasi anda.
Langkah 2
Selepas memilih lokasi anda, pastikan pilih perkhidmatan yang anda perlukan antara tiga pilihan yang disediakan.
Langkah 3
Tentukan tarikh dan masa temujanji anda. Pastikan tarikh dan masa dipilih ditepati supaya urusan anda berjalan dengan lancar dan sempurna.
Langkah 4
Pastikan maklumat anda seperti nama, nama keluarga, email dan nombor telefon bimbit diisi untuk rujukan pihak SESB. Maklumat yang salah akan menyebabkan temujanji anda terbatal dan anda perlu membuat temujanji semula dengan maklumat yang betul.
Langkah 5
Langkah terakhir sila sahkan maklumat anda dan klik ‘pengesahan temujanji’. Anda tidak boleh mengisi semula maklumat atau mengulang langkah yang lain setelah pengesahan temujanji dibuat.
Setelah semuanya selesai, anda hanya perlu datang ke kaunter SESB pada tarikh dan masa yang anda pilih untuk mendapatkan perkhidmatan yang anda telah pilih.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Daftar Akaun SESB Online Customer Services (OCS) Cara Menukar Penama Meter SESB
Leave a Reply