Temuduga Ts. Tips Lulus Dan Contoh Soalan Panel

Temuduga Ts. Tips Lulus Dan Contoh Soalan Panel

Pasti ramai yang sudah tahu apa itu Ts. (Teknologis Profesional). Ts. adalah gelaran profesional yang diberikan oleh Lembaga Teknologis Malaysia atau Malaysia Board of Technologies.

Gelaran profesional ini diberikan kepada calon yang mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda atau lebih tinggi yang mempunyai pengalaman pekerjaan minimum 3 tahun dalam bidang teknologi seperti berikut:

  • Electrical and Electronic Technology (EE)
  • Information and Computing Technology (IT)
  • Chemical Technology (CM)
  • Telecommunication and Broadcasting Technology (TB)
  • Biotechnology (BT)
  • Building and Construction Technology (BC)
  • Resource Based, Survey and Geomatics Technology (RB)
  • Manufacturing and Industrial Technology (ME)
  • Agro-based Technology (AF)
  • Cyber Security Technology (CS)
  • Transportation and Logistic Technology (TL)
  • Material Science Technology (MT)
  • Marine Technology (MR)
  • Maritime Technology (MI)
  • Atmospheric Science and Environment Technology (AC)
  • Green Technology (GT)
  • Oil and Gas Technology (OG)
  • Automotive Technology (AT)
  • Aerospace And Aviation Technology (AV)
  • Food Technology (FT)
  • Nano Technology (NT)
  • Nuclear and Radiological Technology (NR)
  • Art Design and Creative Multimedia (AM)

Jika sebelum ini admin telah huraikan cara memohon Ts., kali ini admin ingin berkongsi tips lulus dan contoh-contoh soalan temuduga Ts.

Sebenarnya apa yang admin kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman yang dilalui sendiri serta pembacaan yang bermanfaat. Admin telah pun selesai menjalani sesi temuduga Ts. pada baru-baru ini dan alhamdulillah selepas lebih sebulan menunggu, alhamdulillah MBOT pada 22hb Oktober 2021 memaklumkan bahawa admin telah LULUS TEMUDUGA Ts. tersebut. Bagaimanapun permohonan pendaftaran berserta yuran RM350 perlu dibuat sebagai langkah seterusnya.

Berikut adalah langkah / flowchart untuk dapat Ts

Langkah 1

Lulus temuduga Ts daftar RM50
Yuran Daftar Sebagai Teknologis Berijazah

Langkah 2

Lulus temuduga Ts active account
Aktifkan akaun MBOT

Langkah 3

Lulus temuduga Ts graduate technologist

Lulus temuduga Ts sijil teknologis berijazah
Terima Sijil Teknologis Berijazah secara online

Langkah 4

Lulus temuduga Ts daftar RM600
Daftar Temuduga Penilaian Ts

Langkah 4

Lulus temuduga Ts panggilan temuduga online
Panggilan temuduga secara online

Langkah 5

Lulus temuduga Ts
Lulus temuduga Ts
Lulus temuduga Ts sijil teknologis profesional
Sijil Teknologis Profesional

Sejak dunia dan negara kita dilanda pandemik Covid-19, pihak MBOT masih meneruskan proses pendaftaran dan sesi temuduga masih berlangsung seperti biasa. Bezanya sejak pandemik atau setakat ini sesi temuduga dijalankan secara dalam talian. Sesi temuduga secara ringkasnya adalah seperti berikut:

  • Tempoh temuduga hanya 15 minit (maksimum 30 minit bergantung kepada panel temuduga). 2 minit untuk memperkenalkan diri, 13 minit bagi sesi Soal Jawab.
  • Medium temuduga: Secara fizikal, Temuduga secara online seperti aplikasi Skype, WhatsApp Video Call atau aplikasi lain yang ditentukan oleh MBOT.

Ringakasan Proses Permohonan Ts.

  1. Daftar sebagai Teknologis Berijazah ke www.mbot.org.my
  2. Bayar yuran pendaftaran RM50 secara online
  3. Terima sijil perakuan pendaftaran secara online
  4. Daftar temuduga Teknologis Profesional RM600
  5. Terima tarikh temuduga Ts.

Persediaan Sebelum Temuduga Ts.

  1. Lengkapkan Curriculum Vitae (CV) format MBOT
  2. Set masa pilihan melalui email dan lampirkan CV yang dilengkapkan
  3. Baca Interviewee Kit secara santai
  4. Study CV yang telah dilengkapkan tersebut

(Untuk makluman, format CV ini baharu sahaja disyaratkan oleh pihak MBOT dan perlu dilengkapkan walaupun anda telah melampirkan CV format sendiri semasa mendaftar temuduga Ts. Pihak MBOT ingin menyeragamkan CV pemohon untuk rujukan semasa sesi temuduga)

Persediaan Penting Sebelum Temuduga Ts.

  1. Knowledge and understanding – Cuba kaitkan subjek akademik dan teknologi yang dipraktiskan dalam pengalaman kerja

  2. Application to Practice – Ceritakan proses pekerjaan yang terlibat dalam pekerjaan yang merangkumi teknologi dalam bidang masing-masing.

  3. Leadership / Management / Supervision Commitment – Praktis / prosedur / Skills yang digunapakai dalam alam pekerjaan dari segi pengurusan dan kepimpinan.

  4. Interpersonal Skills – Skills atau kebolehan secara personal dalam proses pekerjaan.

  5. Professional Conduct – Baca Akta 768, akta dan polisi yang terlibat dalam alam pekerjaan

Temuduga Ts. Tips Lulus Dan Contoh Soalan Panel

Contoh Soalan / Tips Semasa Admin Ditemuduga

  1. Perkenalkan diri secara ringkas termasuk pengalaman kerja.
  2. Pengetahuan am tentang isu setempat / semasa yang serta kaitan dengan teknologi digunakan
  3. Cabaran isu semasa (contoh: pandemik) dan bagaimana menguruskan projek, bagaimana atasi kekangan
  4. Apa teknologi digunakan di syarikat tempat bekerja
  5. Adakah perkembangan penggunaan teknologi dalam syarikat mudah dan senang untuk diperolehi
  6. Ceritakan tentang Leadership/management di tempat anda bekerja
  7. Ceritakan pengalaman yang terlibat samada manufacturing, maintenance, testing, management
  8. Apa yang anda tahu tentang Akta 768
  9. Bagaimana untuk mengurus staf bawahan anda
  10. Teknologi perhubungan terkini mobile (whatApps), bagaimana pastikan kualiti kerja di tapak?
  11. Menghadapi staf yang terlibat rasuah, huraikan.
  12. Sumbangan anda kepada MBOT sekiranya mendapat Ts.

Setakat itu sahaja perkongsian admin dalam entri kali ini. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan sila layari www.mbot.org.my

About admin 1195 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

20 Comments

  1. Admin…nak tanya. saya masuh baru dengan MBOT. Baru buat submission form dan telah menerima borang review pertama. katanya mereka sedang mencari elemen teknologi dalam kerja yang sedang saya lakukan. Saya practisione kaji cuaca (meteorologist) saya ada lulusan satellite meteorology dan sedang mengamalkannya di pejabat termasuk mengeluarkan kertas kajian dan publication yang berkenaan. isunya sekarang ialah teknologi satelit yang disediakan adalah daripada japan dan usa, kami hanya menggunakan data-data satelit bagi tujuan tafsiran cuaca di disamping membuat pengubahsuaian terhadap model-model daripada paramter cuaca yang diambil daripada satelit tersebut. Adakah ianya boleh dikira sebagai teknologi juga? panjang lebar nak tanya…boleh email saya nanti kita share no telefon di situ boleh. azam@fastmail.com

    • hi..mbot ni pengiktirafan amalan teknologi, kadang2 mbot akan minta dokumen tambahan untuk sokongan kepada bidang teknologi yang kita sedang praktis. kalau dia belum minta dokumen tu just tunggu sahaja dulu.

  2. jadi ye untuk ke arah professional (Ts)…hanya perlu menghadiri sesi temuduga saje la ye….tak macam PE(IR) perlu kemukakan laporan & temuduga….

  3. Asalamualaikum. nk tanya, kalau macam saya lepasan Ijazah IT, tapi bekerja dalam sektor Construction, blh ka nak ambil Ts. dalam bidang Electrical and Electronic Technology (EE)

    • Waalaikumsalam, boleh sebab tu dalam mbot portal ada pilihan bidang pengalaman. Ada colleague bidang mekanikal tp terpaksa ubah ke green tech sbab experience dia green tech

  4. Salam, nk tanya.. sekarang ni MBOT dah mula adakan written assessment ke sebelum temuduga? Terima kasih atas info.

      • Salam,

        Boleh saya tau dari mana nak dapatkan CV template untuk temuduga profesional teknologis MBOT? Kalau tak keberatan boleh kongsikan. Tq.

  5. salam, nak tanya, jika kita register utk graduate tech, dah dapat sijil tapi kita x teruskan utk dftr ts, ada apa2 syarat ke? atau once dah daftar graduate tech, kita wajib daftar utk ts pula?

Leave a Reply