Taufan Goni: Filipina Arah Penduduk Pindah

Pihak berkuasa Filipina mengarahkan ribuan penduduk di bahagian selatan Pulau Luzon berpindah hari ini, berikutan ribut kategori lima yang terkuat di dunia tahun ini menghampiri negara itu.

Langkah awal pemindahan sudah bermula di kawasan pantai dan komuniti yang terdedah pada insiden tanah runtuh di Camarines Norte dan Camarines Sur, disamping penduduk di kawasan berisiko di Gremil Naz turut diarah berpindah, kata pihak berkuasa bencana negara itu kepada radio DZBB.

Taufan Goni Badai Utara Filipina

Pihak berkuasa tempatan turut membatalkan operasi di pelabuhan, manakala nelayan dilarang turun ke laut.

Taufan Goni yang memiliki kelajuan angin 215 kilometer sejam (kph) dan tiupan sehingga 265kph, dijangka membadai esok, sekali gus bakal menjadi taufan terkuat yang pernah melanda Filipina sejak Haiyan yang meragut 6,300 nyawa pada November 2013.

Pihak berkuasa juga perlu mengambil kira mengenai pelaksanaan penjarakan fizikal di pusat pemindahan bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19.

Filipina adalah negara dengan jumlah jangkitan coronavirus kedua tertinggi di Asia Tenggara, di belakang Indonesia.

“Namun disebabkan pandemik COVID-19, dana kami untuk perbelanjaan ketika bencana tidak mencukupi,” katanya.

Korban akibat taufan di Filipina cecah 22 orang

Minggu lalu, Taufan Molave membunuh 22 individu apabila bandar di selatan Manila ditenggelami air, yang turut berada dalam laluan Goni, ribut tropika ke-18 di negara itu.

Taufan Atsani pula sedang terbentuk berhampiran Filipina. Kira-kira 20 taufan membadai Filipina setiap tahun.

Sumber: BH Online

Baca info: Sandakan: Dua Polis Ditahan Minta Rasuah RM5000

About admin 1195 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply