
Perkara ini keseluruhannya terbahagi kepada tiga bahagian:
- Syarat berkaitan dengan penyembelih
- Syarat berkaitan dengan binatang yang disembelih
- Syarat berkaitan dengan alat sembelihan
1. Syarat Berkaitan dengan Penyembelih
Syarat berkaitan dengan penyembelih kami ringkaskan seperti berikut:
i. Penyembelih hendaklah seorang Islam ataupun Ahli Kitab.
Ahli kitab yang dimaksudkan ialah orang Yahudi ataupun Nasrani.
Sekiranya penyembelih itu bukan seorang Muslim dan bukan Ahli Kitab seperti seorang yang murtad ataupun penyembah berhala ataupun orang Majusi, maka sembelihannya tidak halal dan dimakan.
Dalil halalnya sembelihan orang Islam ialah firman Allah Azzawajalla:
“Kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya).”
(Al-Maidah: 3)
Perkataan ‘kamu dalam ayat adalah ditujukan kepada semua orang Islam.
Dalil halalnya sembelihan Ahli Kitab ialah firman Allah Taala :
“Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu.”
(Al-Maidah: 5)
Yang dimaksudkan dengan ‘makanan’ di sini ialah binatang sembelihan.
Dalil tidak dihalalkan sembelihan orang kafir selain Ahii Kitab ialah hadis;
“Nabi s.a.w. telah menulis surat kepada penduduk Majusi di Hajar mengajak mereka memeluk Islam, sesiapa yang masuk Islam dia diterima dan sesiapa yang enggan, dikenakan jizyah dan tidak boleh dimakan sembelihan mereka dan tidak boleh dikahwinkan mereka dengan wanita Islam.”
Riwayat al-Baihaqi 9/285. katanya: Hadis ini mursal dan ijmak kebanyakan umat menguatkannya.
(Hadis mursal ialah hadis yang diangkat oleh Tabie kepada Nabi s.a.W. tanpa menyebut nama sahabat yang diriwayatkan‘daripadanya hadis tersebut).
Sekiranya ini adalah hukum untuk orang Majusi maka hokum untuk orang murtad dan penyembah berhala, juga golongan ateis dan mulhid. adalah lebih dahsyat lagi kerana kekafiran mereka lebih teruk.
ii. Ahli Kitab atau salah seorang datuk neneknya menjadi Ahli Kitab sebelum berlakunya penyelewengan ataupun pemansuhan.
Oleh itu, sekiranya orang mulhid pada hari ini masuk agama Nasrani, sembelihannya tetap tidak halal. Begitu juga orang Nasrani atau Yahudi yang cliketahui datuk-nenek rnereka yang terdahulu asalnya adalah penyembah berhala, kemudian mereka memeluk agama Nasrani setelah berlakunya penyelewengan atau setelah perutusan Nabi s.a.W., maka sembelihan mereka tidak halal.
Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Syahr bin Hausyab r.a.:
“Nabi s.a.w. melarang memakan sembelihan orang Nasrani berbangsa Arab. ” Iaitu dari kabilah Bahra’, Tanukh dan Taghlib.
Sebab larangan ialah kerana mereka memeluk agama Nasrani setelah berlaku penyelewengan terhadapnya.
iii. Dia tidak menyembelih kerana selain Allah s.w.t. ataupun bukan atas nama-Nya.
Sekiranya dia menyembelih kerana berhala atau kerana orang Islam atau kerana Nabi maka tidak halal sembelihannya.
Dalilnya; firman Allah sewaktu menyebutkan apa yang haram dimakan:
Dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah.
(Al-Maidah: 3)
laitu binatang yang disembelih bukan kerana Allah Taala ataupun disebutkan sewaktu menyembelih nama selain Allah.
Apabila cukup tiga syarat yang disebutkan pada diri penyembelih maka halallah sembelihannya tanpa membezakan dia lelaki ataupun wanita, tua ataupun muda, bahkan tiada beza antara yang mumaiyiz
ataupun tidak, yang mabuk ataupun yang gila dan sebagainya; Selagimana tenaga untuk menyembelih masih ada dan selagi niat wujud pada diri penyembelih Walaupun secara umum sahaja.
Baca: Cara Mandi Wajib Yang Betul Untuk Lelaki & Perempuan
2. Syarat Berkaitan dengan Binatang Sembelihan
Kami ringkaskan syaratnya seperti berikut;
i. Penyembelih dapat menangkap haiwan itu sebelum disembelih dan haiwan itu masih mempunyai hayat mustaqirrah
Maksud hayat mustaqirrah ialah haiwan itu tidak mangalami sakit atau cedera ataupun yang seumpamanya yang membawa kepada kematian dimana pergerakannya ketika itu tidak berkecamuk seperti berkecamuknya binatang yang disembelih.
Sekiranya haiwan itu sebelum disembelih telah kehilangan hayat mustaqirrah, maka ia tidak dianggap sebagai sembelihan melainkan jika sebelum itu ia telah disembelih dengan sembelihan darurah seperti yang telah kami sebutkan. Pengaliran darah dari batang lehernya selepas penyembelihan tidak. boleh dijadikan bukti ia mempunyai hayat mustaqirrah.
ii. Putusnya halkum dan urat merih.
Halkum ialah saluran pernafasan dan urat merih ialah saluran makanan. Sekiranya. masih belum putus salah satu dari keduanya walaupun sedikit, sembelihan itu tidak sah.
Dalilnya hadis yang diriwayatkan oleh al- Bukhari (2356) dan Muslim (1968) daripada Rafi’ bin Khudaij r.a katanya: Rasuiullah telah bersabda:
“Apa yang mengalirkan darah dan disebutkan nama Allah atasnya makanlah ia selagi mana ia tidak menggunakan gigi dan kuku.”
Baginda mensyaratkan di dalam penyembelihan agar mengalirnya darah. Ini semua akan berlaku dengan memotong semua urat halkum dan merih. Nyawa akan hilvang apabila keduanya dipotong dan kebiasaannya haiwan masih hidup apabila keduanya masih wujud.
iii. Memotong dengan cepat dan sekaligus.
Ini kerana kalau dilakukan dengan perlahan lalu haiwan itu menggelepar sebagaimana binatang yang disembelih sebelum semuanya selesai dipotong, maka terbatallah sembelihan dan ia tidak sah.
Bukti haiwan itu masih mempunyai hayat mustaqirrah ialah ia meronta dengan kuat setelah disembelih. Kalau disembelih dengan perlahan dan pemotongan halqum dan urat merih juga dilambatkan, maka apabila selesai pemotongan didapati haiwan itu tidak meronta maka ini membuktikan bahawa ia telah kehilangan hayat mustaqirrah sebelum selesai penyembelihan. Dengan itu terbukti bahawa ia mati bukan kerana sernbelihan (untuk rnenyucikan) dan tidak halal memakannya.
3. Syarat Berkaitan dengan Alat Sembelihan
Alat juga memiliki syarat yang kami ringkaskan dalam dua syarat berikut: ‘
i. Alat itu hendaklah boleh melukakan disebabkan ketajamannya. seperti yang diperbuat daripada besi, tembaga; timah, kaca, batu dan seumpamanya.
Sembelihan dianggap tidak sempurna apabila ia mati disebabkan hentakan dengan benda berat seperti dengan batu yang tidak tajam.
Dalilnya ialah hadis riwayat al‘-Bukhari dan Muslim sebelum ini:
“Apa yang mengalirkan darah dan disebutkan nama Allah padanya maka makanlah ia.”
Mengalirkan darah (menumpahkannya) hanya berlaku dengan alat yang melukakan disebabkan ketajamannya. Manakala alat yang mematikan kerana hentakan beratnya maka ia tidak akan
mengalirkan darah.
ii. Alat sembelihan itu bukanlah gigi ataupun kuku.
Tidak halal sembelihan yang menggunakan salah satu daripadanya walaupun ia melukakan dan ketajamannya mengakibatkan mengalirnya semua darah.
Ini disebabkan sembelihan dengan salah satu daripadanya telah dikecualikan oleh nas hadis daripada keumuman keharusan menyembelih dengan alat-alat yang diharuskan. Sab da Nabi .s‘a.w. pada akhir hadis yang diriwayatkan oleh Rafi’ bin Khudaij r.a. yang diriwayatkan oleh as-Syaikhain dan telah disebutkan sebelum ini:
”Selagi mana ia tidak menggunakan gigi dan kuku. ”
Termasuk dalam hukum gigi dan kuku ialah semua jenis tulang sama ada tulang manusia ataupun selainnya.
Hikmah pengecualian ini ialah sebagaimana yang disebut oleh sebahagian fuqaha’: “Ta’abbudi ( – ibadat semata-mata). Kita telah mengetahui bahawa hukum-hukum sembelihan secara keseluruhannya dibina atas prinsip ta’abbudi bukannya atas sesuatu ‘illah (sebab) ataupun maslahah yang berlegar padanya hukum-hukum maslahah.
Yang paling afdhal dalam mengetahui sebab pengecualian ialah berpegang kepada kata-kata ini ‘Ta’abbudi ’ (ibadat semata-mata).
Sumber: spait.whatta
Leave a Reply