Suplemen Vitamin C Kegunaan Dan Kesannya Terhadap Kita

suplemen vitamin c

Suplemen vitamin C merupakan sejenis suplemen yang diambil dalam bentuk tablet. Teknik suplemen ini amat mudah dan lebih menyenangkan kerana tablet tersebut boleh diambil mengikut keperluan dan kesesuaian keadaan kesihatan.

Antara kegunaannya ialah seperti:

  • Membantu mengatasi kekurangan Vitamin C dalam badan. Hal ini kerana banyak orang pada masa kini mempunyai masalah kekurangan vitamin C dalam badan. Ini secara tidak langsung boleh mendatangkan masalah kesihatan yang bahaya. Oleh itu, bagi membantu menangani masalah ini dengan lebih cepat ianya lebih baik untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen bagi kesan yang lebih cepat.

  • Penghasilan kolagen. Seterusnya, vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Oleh itu, ianya dinasihatkan untuk mengambil vitamin C ini dalam bentuk suplemen supaya kesan penghasilan kolagen dapat berterusan dengan lebih cepat menerusi kaedah suplemen ini.
  • Mematikan sel kanser. Berdasarkan beberapa kajian yang dibuat, ianya didapati bahawa vitamin C dengan ciri-ciri antioksida ini merupakan sebuah bahan dalam membantu mematikan sel kanser. Oleh itu, ianya lebih baik untuk diambil setiap hari supaya dapat menghindari penyakit berbahaya seperti kanser. Berikutan itu, untuk mencapai kesan yang ketara dalam masa yang singkat ialah dengan mengambil vitamin C menerusi kaedah suplemen.
  • Menghasilkan kulit yang berseri. Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ini merupakan idaman semua wanita pada masa kini.
  • Membantu menghindari jangkitan kuman. Hal ini kerana vitamin C amat penting untuk membina sistem imun yang kuat lagi kebal. Oleh itu, ianya sangat penting untuk mendapatkan vitamin C yang cukup bagi kesihatan kita. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan kita tidak cepat mendapat sebarang jangkitan kuman kerana sistem imun yang kuat.

Baca: Penyakit Gout, Punca Dan Rawatan Serta Langkah-Langkah Pencegahan

Suplemen vitamin C ini mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Oleh itu, golongan yang menggunakannya haruslah berhati-hati dan menggunakannya atas nasihat dan arahan doktor sahaja. Antara kesan sampingannya ialah seperti:

  • Kerosakan ginjal. Suplemen ini sangat bahaya kepada golongan yang mempunyai masalah dengan ginjal mereka. Hal ini kerana vitamin C berlebihan ini akan mengganggu fungsi ginjal dan lama kelamaan akan mengakibatkan kerosakan. Selain itu juga, suplemen vitamin C ini didapati boleh menghasilkan batu dalam ginjal dan ini boleh mendatangkan pelbagai masalah dengan saluran air kencing.
  • Cirit-birit serta sakit perut. Vitamin C ini pula bersifat asidik. Jadi, ianya akan mengganggu saluran pencernaan dalam badan dan menyebabkan berlakunya irritasi yang akan membawa kepada terjadinya cirit-birit serta sakit perut.

Suplemen ini akan membuahkan hasil yang bernas bagi golongan yang mengamalkannya. Ia akan membantu kesihatan dalam pelbagai cara dan sekali gus memastikan kesihatan sentiasa sihat walafiat. Antara hasil yang boleh didapati dengan pengambilan ini ialah seperti:

  • Wajah akan kelihatan cantik berseri
  • Kulit akan menjadi lebih putih dan lembut
  • Mengekalkan paras vitamin C dalam badan dengan optimum
  • Penyakit seperti scurvy dapat dielakkan
  • Gusi dan gigi akan sentiasa sihat dan tidak berdarah

Siapakah yang tidak sesuai mengambilnya?

Seperti yang diketahui, suplemen ini mempunyai banyak faedah dan amat digemari dalam kalangan wanita kerana dapat membantu menghasilkan kulit yang putih berseri. Namun demikian, terdapat segelintir wanita yang tidak boleh mengamalkan pengambilan suplemen vitamin C ini. Antara golongan tersebut ialah seperti:

  • Ibu yang menyusu anak
  • Wanita yang mengandung
  • Golongan yang mempunyai masalah kardiovaskular
  • Golongan yang alergik kepada vitamin ini
  • Golongan yang mempunyai kerosakan pada ginjal

Apakah pantang larangnya?

Suplemen ini mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik jika pengambilnya mengamalkan beberapa tabiat buruk. Antara tabiat yang harus dihentikan ialah seperti:

  • Berhenti merokok
  • Berhenti minum minuman beralkohol
  • Cuba elakkan minum minuman yang mengandungi caffeine
  • Cuba elakkan minum air kelapa

Sumber: doctoroncall

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply