Suami Cemburu Komen Lelaki Di Tik Tok Bunuh Isteri

Suami Cemburu Bunuh Isteri Kuat Main Tik Tok

Suami Cemburu Bunuh Isteri Kuat Main Tik Tok

Surabaya: Gara-gara cemburu lelaki sering memberi komen di laman TikTok isterinya, seorang lelaki bertindak membunuh isterinya dengan memukul belakang kepala menggunakan besi.

Ketua Polis Bagor, Tommi Hermanto berkata, hasil siasatan mendapati, suspek menyangka isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Baca: Bapa Tidak Senonoh Dengan Anak Perempuan Di TikTok Ditahan

“Mereka kemudiannya bertengkar dan pukul-memukul sesama mereka. Namun, suspek bertindak mengambil besi dan mula memukul belakang kepala mangsa sebanyak tiga kali hingga mangsa rebah.

Suami Cemburu Bunuh Isteri Kuat Main Tik Tok

“Berikutan itu, suspek melarikan diri menaiki bas menuju ke wilayah Nganjuk.

“Bagaimanapun, ketika sampai di sana, suspek mengubah fikiran dan menyerah diri di balai polis Bagor,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

Sementara itu, anak mangsa mendakwa suspek yang juga bapa tirinya pernah beberapa kali menegur ibunya kerana kerap memuat naik kandungan di TikTok.

“Ayah tiri seorang yang pendiam dan tidak pernah memukul. Ayah tiri juga sering mengingatkan ibu supaya tidak bermain TikTok,” katanya.

Katanya, ayah tirinya mungkin cemburu kerana laman TikTok ibunya menarik perhatian pengguna lain terutama lelaki.

“Ramai pengguna lelaki di TikTok sering meninggalkan komen di setiap hantaran yang ibu muat naik. Mungkin ayah tiri cemburu,” katanya.-hmetro

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply