Solat Sunat Tahajud

Solat sunat tahajud

Solat sunat tahajud atau Sembahyang tahajud, ialah solat sunat yang dikerjakan diwaktu malam selepas tidur yakni ketika melakukan Qiamullail. Berjaga malam untuk beribadah sangat dituntut oleh Agama Islam dan cara ibadah yang paling utama adalah sembahyang tahajud atau solat malam. Allah berfirman yang ertinya;

“Dan bagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘sembahyang tahajud’ padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan engkau pada hari akhirat ditempat yang terpuji”

Solat malam sudah menjadi amalan para nabi dan orang-orang soleh sejak zaman dahulu. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah meninggalkan solat Tahajjut walau satu malam pun sehingga kedua-dua kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu banyak berdiri. Baginda bersabda yang ertinya;

“Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (solat tahajjut)” (H.R Muslim)

Waktu Untuk Mengerjakan

Boleh dikerjakan bila-bila masa setelah isyak sampai masuknya waktu subuh. Walaupun begitu ada waktu yang paling dianjurkan untuk melaksanakan solat sunat ini, yaitu sepertiga malam terakhir.

tahajud
kredit foto: wajibbaca.com

Sepertiga malam terakhir bererti lepas tengah malam hingga masuknya waktu subuh. Jika mengerjakan solat sunat tahajud pada waktu tersebut, insya Allah doanya akan diijabah oleh Allah SWT.

Dikerjakan Sendirian atau Boleh Berjemaah?

Dilansir Republika, Syekh al-Batini berpendapat bahwa solat sunat tahajud yang dikerjakan secara berjemaah menurut kajian fikih klasik disebut ta’qib. Artinya mengerjakan sholat sunat berjemaah apa pun di luar sholat terawih.

Menurut Mazhab Hanafi, hukum ta’qib seperti sholat tahajud berjemaah adalah makruh. Seperti disampaikan Ibnu Muflih, solat sunat itu hendaknya dilakukan berjemaah sekali saja.

Jadi jika hendak solat sunat tahajud padahal sudah mengerjakan terawih berjemaah, sebaiknya ditunaikan sendiri saja. Penegasan ini juga disampaikan oleh Ibnu Najim dalam al-Bahr ar-Raiq Syarh Kanz Daqaiq dan al-Kasani di kitab Bada’i as-Shana’i fi Tartib as-Syara’i.-merdeka

Baca info: 8 Khasiat Berpuasa Untuk Kesihatan

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply