
Sindiket perlombongan mata wang bitcoin yang membuat sambungan elektrik secara haram tanpa meter di tiga daerah menyebabkan Tenagaa Nasional Berhad (TNB) Pahang kerugian lebih RM4.5 juta dalam tempoh tiga bulan bermula Julai hingga September.
Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Pahang, Rozianis Mohd Noor, berkata dalam operasi bitcoin bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) bulan lalu pihaknya berjaya mengesan sebanyak 29 premis bitcoin di Kuantan, Temerloh dan Bera.
Sindiket terbabit diserbu kali ke lima tahun ini selepas didapati kembali aktif semula oleh kakitangan TNB yang sentiasa berusaha melumpuhkan dan menghapuskan kegiatan berkenaan daripada terus berleluasa.
TNB mencatat kerugian kira-kira RM1.5 juta sebulan sebelum ini berikutan kegiatan sindiket perlombongan mata wang bitcoin yang membuat sambungan elektrik secara haram tanpa meter manakala sepanjang tahun lalu TNB Pahang menanggung kerugian lebih RM3.2 juta angkara perbuatan sindiket itu yang ketika itu baharu mula menapak di negeri ini.
Kerjasama dengan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) lain yang berterusan dalam memastikan kegiatan terbabit dapat dilumpuhkan sepenuhnya.
Taknik mencuri sambungan elektik sindiket ini selain menebuk lantai dan dinding mereka juga menggunakan kotak alat penggera untuk mengadakan sambungan wayar.
Rangkaian komputer berkuasa tinggi dan beroperasi 24 jam di digunakan sindiket ini dan bagi mengelak membayar bil yang tinggi pihak tidak bertanggungjawab ini mencuri bekalan elektrik dengan cara membuat sambungan haram tanpa meter.
Sumber: BH Online
Leave a Reply