Kecoh satu malaysia sejak akhri-akhir ini apabila terbongkarnya sindiket Macau Scam yang disyaki telah mengaut keuntungan “atas angin” membabitkan nilai ratusan juta ringgit.
Tidak jelas kenapa taktik penipuan ini dinamakan sebagai Macau Scam namun banyak pihak mengatakan punca namanya dilabelkan sedemikian rupa adalah dua pendapat.
Yang pertama, sindiket yang beroperasi menjalankan modus operandi ini datang dari Macau. Yang kedua pula menyebut mangsa pertama kaedah penipuan ini berasal dari Macau.
Biarpun sindiket ini sebenarnya sudah lama memperdaya banyak mangsa di negara kita, namun ia kembali menjadi tumpuan apabila ada beberapa ‘tokan besar’ didakwa turut memiliki empat cawangan rangkaian perniagaan francais minuman yang diusahakan seorang artis terkenal.
Bagaimana kes Macau Scam ini menjadi sangat hangat..di sinilah segala-galanya bermula..
Utusan Malaysia pada 12 Oktober 2020 melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Datuk Addy Kanna bersama isteri beliau, Datin Alya Suhaila serta Datuk Seri dan Datuk erta 8 anggota polis ditahan masing-masing berpangkat Asisten Komissioner, Superintenden, Deputi Supeintenden, Inspektor, Sarjan dan Koperal dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dipercayai terlibat melindungi sindiket penipuan siber bergelar Macau Scam.
Pihak SPRM juga telah menemui wang tunai sejumlah RM100,000 di rumah salah seorang pegawai polis yang ditahan dan telah membekukan 736 akaun bank bernilai RM10.1 juta manakala wang tunai RM5 juta disita.
Berkemungkinan besar hasil dari aktiviti penggubahan wang haram yang juga membabitkan selebriti. Kegiatan mereka ini umpama merompak dari orang miskin dan berparti sakan sesama mereka orang kaya.
Selain itu SPRM merampas 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti judi dalam talian tempatan.
Antara kenderaan yang dirampas ialah jenama Bentley, Mustang, Lamborghini, Porsche, Ferrari dan lain-lain.
Datuk Addy Kanna dan isterinya Datin Alya Suhaila bermula dengan membuka kelab malam di Jalan P.Ramlee dan Safe House di alamat 107, Jalan U-Thant.
Dikatakan Safe House yang terletak di Jalan U-Thant ini merupakan pusat operasi kaki-kaki scammer dalam sindiket “Macau Scam” Malaysia.
Macau Scam dengan duit Billion Ringgit kemudiannya mencari perniagaan artis-artis dan mereka laburkan pada perniagaan artis. Jadi, apa yang kita syak artis yang tidak pandai berniaga tiba-tiba ada empayar perniagaan Jutaan Ringgit adalah benar belaka.
Samada mereka Partner in Crime mahupun mangsa hanyalah mahkamah yang dapat menentukannya nanti.
Untuk menghabiskan duit duit ini sangat mudah. Mereka akan berbelanja menggunakan duit tunai.. Samapi berbelanja di Pavilion pun mereka bawa plastik hitam penuh dengan wang tunai.
Begitu juga bila berparti di Kelab Malam sekitar KL bayar uluh ribu pun pakai tunai.
Yang pasti cara Modus Operandi mereka ialah dengan menyewa Talian VOIP untuk mengelak daripada di hidu pihak berkuasa.
Sebab itu bila kita menerima panggilan dari nombor-nombor kononnya daripada Mahkamah, Balai Polis, Kastam kita akan terima satu arahan daripada mesin operator untuk disambungkan kepada talian.
Jadi scammer tadi akan berlakon kononnya itu adalah pegawai yang menyiasat.
Dalam masa yang sama, SPRM meminta orang ramai yang pernah menerima wang daripada mereka untuk tampil memberi kerjasama bagi membantu siasatan.
Pihak SPRM sudah mempunyai senarai nama individu yang dipercayai terlibat dengan aktiviti tersebut.
SPRM juga meminta orang ramai bersabar kerana mereka masih lagi mengesan beberapa aset yang dipercayai susah digubah.
Mereka yang mungkin pernah menerima dana daripada individu yang ditahan itu diminta tampil sebelum mereka dipanggil. Tidak perlu tunggu untuk dipanggil sebalinya tampil memberi kerjasama kepada SPRM dan pihak SPRM kan melayan mereka dengan baik.
Dalam siasatan ini mendapati beratus-ratus syarikat ‘dummy’ yang sengaja diwujudkan untuk menyalurkan wang haram ini.
SPRM mendapati terdapat beratus-ratus akaun palsu yang diwujudkan untuk menyalurkan wang telah diperolehi daripada kegiatan haram ini.
Walaupun Datuk Addy Kanna dan Geng Macau Scammer sudah ditangkap dan ditahan SPRM tetapi operasi dan aktiviti ini masih terus berjalan. (Dibuktikan melalui beberapa video viral rakaman perbualan antara mangsa yang menyamar dan scammer yang tertipu)
Berdasarkan statistik 2018, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM), mendedahkan jumlah kerugian akibat penipuan itu meningkat 55.5 peratus seluruh negara barbanding 2017.
Peningkatan itu membabitkan kerugian melebihi RM 224.6 juta dengan 4,965 kes direkodkan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM99.9 juta dengan 4,178 kes akibat penipuan Macau Scam ini.
Selama ini kita sangkakan orang luar yang membuat kerja kerja scma ini. Rupanya rupanya orang Malaysia sendiri yang jalankan aktiviti yang menipu makcik makcik di kampung, pakcik pakcik yang sudah pencen dan mereka mereka yang senasib dengannya.
Lebih tragik, selama ini pihak polis sudah tahu kegiatan mereka tapi polis ini pula yang melindungi mereka.
Diharapkan pihak berkuasa dapat menumpaskan sindiket “Macau Scam” ini habis-habisan dan memberi keadilan bagi rakyat Malaysia.
Kredit: SCAMMER MELAYU – “BIG BOSS” KELAB MALAM TERKENAL DI KUALA LUMPUR
Sumber:
Mhdaily.net
Malaysiakini.com
www.remaja.my
www.hmetro.com.my
Ismaweb.net
Berkaitan: Tumpasnya Macau Scam
Baca juga: 5 Pemimpin Berpengaruh dan Paling Tua di Dunia
Leave a Reply