
Membayar bil secara online sudah menjadi trend masa kini. Semak Dan Bayar Saman DBKK secara online kini boleh di buat melalui beberapa cara yang akan ditunjukkan di bawah.
Perkhidmatan secara online ini memudahkan pengguna tanpa perlu menaiki kenderaan melalui kesesakan jalan raya dan kesukaran meletak kenderaan setelah sampai ke destinasi dituju.
Selain menjimatkan masa, tenaga dan kos minyak kereta untuk pergerakan, anda juga secara santai dapat menyelesaikan bil-bil berkaitan hanya dengan menggunakan telefon pintar.
Berikut adalah pilihan bayaran secara online dan jenis perkhidmatan yang disediakan:
1 | Melalui Laman Web Rasmi DBKK e-Services DBKK boleh diakses melalu pautan berikut: https://dbkk.sabah.gov.my/index.php/en/ Web Rasmi DBKK > Perkhidmatan > e-Services Perkhidmatan disediakan:
|
2 | DBKK e-cukai Anda perlu Muat Turun aplikasi melalui Playstore / Appstore Perkhidmatan disediakan:
|
3 | Sabah Pay (Cukai Pintu / Kompaun) Muat Turun aplikasi melalui Playstore / Appstore Perkhidmatan disediakan untuk DBKK:
|
4 | JomPAY (Cukai Pintu Sahaja) Biller code: 56739 Perkhidmatan disediakan untuk DBKK:
|
Semoga bermanfaat!
Baca info: Bayar Saman JPJ Online, Semak Dan Bayar Saman Hanya Dari Rumah
Info DBKK dari Wikipedia
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Kota Kinabalu, Sabah. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.
MPKK dinaik taraf ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 2 Februari 2000. Sejak itu, ia diterajui oleh seorang ketua bergelar Datuk Bandar. Kota Kinabalu dahulunya ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK), namun MPKK telah dinaik taraf menjadi DBKK. Kawasan pentadbiran meliputi 351 kilometer persegi, ia merangkumi sub-daerah, serta pekan-pekan kecil yang lain. Kawasan-kawasan seperti Tanjung Aru, Kepayan, Luyang,Likas, Inanam, Menggatal, Telipok dan Sepanggar juga terletak dibawah kendalian DBKK. Donggongon dan Putatan pula berada dibawah pengelolaan Majlis Perbandaran Penampang.
Leave a Reply