
Daerah Kota Marudu terletak di sebelah utara Negeri Sabah bersempadanan dengan Daerah Kudat, Pitas dan Kota Belud. Kota Marudu memiliki jumlah populasi seramain 8716 orang (2010). Berikut adalah 10 sejarah dan fakta menarik tentang Daerah Kota Marudu yang ramai tak tahu:
- Syarif Osman
Seorang pahlawan berbangsa bajau-suluk daripada kesultanan sulu yang mentadbir Teluk Marudu sekitar tahun 1890-1895. Beliau menentang kuasa penjajahan Inggeris ketika itu yang diketuai oleh James Brooke. Dengan bantuan tentera dari Singapura, James Brooke telah menyerang kubu Syarif Osman di Teluk Marudu. Walaupun Syarif Osman terkorban, namun semangat kebangsaan membuak dan bangkitnya beberapa pahlawan kaum Dusun menentang kuasa kulit putih ketika itu.
- Pahlawan Aki Tumunda
Aki Tumunda merupakan seorang pahlawan dan pedagang dan pernah bertempur melawan lanun yang ada di Teluk Marudu melawan lanun Balingingi ketika berlayar ke Brunei untuk berdagang. Tumunda pernah menolak menjadi menjadi hulubalang Brunei yang ditawarkan pembesar Brunei. Namun adiknya Aki Badur juga pahlawan pembantai lanun di Teluk Marudu di laut, diambil menjadi hulubalang Brunei dan menetap di Brunei. Tumunda menentang tanpa belas ketika para lanun mengganggu atau mengancam ketika menjalankan aktiviti berdagang.
- Penentangan Sigunting terhadap British
Sigunting merupakan pemimpin kaum dusun dan menentang penjajahan British di Kota Marudu. Beliau telah menyerang Balai Polis dan diserang balas sehingga beliau terpaksa berundur ke Kg. Sayap Kota Belud. Serangan gerila berlanjutan sehingga beliau berumur 42 tahun dan menerima tawaran perdamaian setelah penentangan selama 7 tahun.
- Keluasan Dearah
Keluasan Daerah Kota Marudu ialah 1917 km2 lebih luas daripada Negeri Melaka (1658 km2), Pulau Pinang (1033 km2), Perlis (795 km2) dan Kuala Lumpur (342 km2).
- Perkataan “Marudu”
Perkataan “Marudu” berasal daripada bahasa orang-orang Bajau-Suluk atau Bannaran iaitu dari kata “Mairudu” atau Maiuludu”yang dalam bahasa Melayu membawa maksud ” suatu kedudukan di situ-situ juga”.
- Pemetaaan Kota Marudu
Kota Marudu mula dipetakan oleh seorang ahli pelayaran Belanda pada tahun 1595 yang belayar dari Brunei melalui Marudu menuju ke Palawan dan seterusnya ke Pulau Sulu.
- Asal Usul Nama Tempat
Orang-orang Bajau-Suluk juga menamakan beberapa tempat di kawasan Teluk Marudu menggunakan bahasa mereka, antaranya ialah ” Matunggong” (bererti di hujung pulau kecil dari kata Ma Tong Gong iaitu sebuah pulau kecil di muara sungai Matunggong di Teluk Marudu), Bak-Bak (bererti tempat berjumpa dari kata “Bak “, iaitu sekarang Pantai Bak-Bak di Kudat), Bulih Adjung (bererti buritan kapal jong dari dua kata iaitu Buli dan Adjung, sebuah tempat berhampiran sungai Tandek, Kota Marudu), Sampang mangayau (bererti menemui orang untuk beradu kekuatan, dari kata Sampang dan kata Mangayau), Malubang dari kata “Ma Lobong” yang bererti “di tempat yang ada kuburan”, Tombarungus (dari kata “Tong Ma Ungus” yang bererti “Tanjung Pasir “) dan banyak lagi nama-nama tempat di perairan Teluk Marudu berasal dari perkataan Bannaran.
- Asal Susul Nama “Bandau”
Kota Marudu asalnya bernama Bandau. Nama ini telah digunakan sejak sebelum Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia, sehinggalah tahun 1974. Menurut legenda daerah ini, Bandau adalah terbitan daripada perkataan ‘Mondou’ daripada diaiek suku Momogun Rungus [Kadazandusun] yang bermaksud “ketua semua binatang buas” yang rupanya seakan-akan musang. Mondou dipercayai pada suatu masa dahulu di jumpai oleh Aki Rungsud kawasan di sepanjang Sungai Bandau.
- “Sindaat Mogkorudu”
Menurut bahasa Momogun Rungus pula,Kota Marudu berasal dari kata bahasa Momogun Rungus iaitu “Sindaat Mogkorudu” di mana kawasan Bandau selama hampir 100 tahun dalam kiraan kalendar Momogun Rungus telah ditinggalkan setelah perang melibatkan Sindaat [sihir] yang dilancarkan oleh Aki Sook, seorang Bobolizan Rovusan. Menurut legenda Momogun Rungus, Bandau telah dibuka oleh Aki Rungsud sebagai satu pusat perdagangan sistem barter pada zaman lampau dan pada zaman Aki Sook telah berlaku perebutan kekuasaan antara Momogun Rungus Pilapazan dan Momogun Rungus Kirangavan yang mengakibatkan perang Sindaat [Sihir]. Setelah Sindaat Mogkorudu dilancarkan pusat perdagangan barter Momogun Purba itu telah ditinggalkan dan dikosongkan selama hampir 100 tahun iaitu selepas melalui kalendar Upacara Mamasi Pomogunan dan Upacara Managas.
- “Kota Marudu” Menggantikan “Bandau”
Bandau diganti namanya menjadi Kota Marudu pada masa pemerintahan USNO. Laman nama diajukan oleh Assemblyman Negara pada waktu itu, Datuk Idrus Matakim @ Andrew Matakim. Nama Kota Marudu dipilih untuk menggantikan Bandau kerana sejarah tentang kewujudan sebuah pekan atau benteng yang terletak di Teluk Marudu dan digunakan oleh Syarif Osman dan pengikutnya untuk berperang melawan penjajah Inggeris pada tahun 1900. Sehingga hari ini, kubur Sharif Osman dan benteng masih ditemui di Kampung Marudu.
berkaitan:10 Fakta Menarik Tentang Suku Kaum Dusun di Sabah Yang Ramai Tak Tahu
Leave a Reply