[VIDEO] Sato ‘Hadiahkan’ Gol Kemenangan Buat Vietnam

[VIDEO] Sato 'Hadiahkan' Gol Kemenangan Buat Vietnam

Sato ‘Hadiahkan’ Gol Kemenangan Buat Vietnam

Akaun Instagram milik pengadil perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Harimau Malaya dan Vietnam, Ryuji Sato dihujani komen negatif daripada netizen tanah air lantaran gol kemenangan buat Vietnam.

Ia susulan tindakan Sato yang pernah mengadili perlawanan Piala Dunia Russia 2018 itu menghadiahkan sepakan penalti kontorversi kepada Vietnam ketika aksi pertembungan berbaki 10 minit di di Stadium Al Maktoum, Dubai, sekali gus menyaksikan Malaysia tewas 1-2.

Baca: Conor Mcgregor Atlet Terkaya Dunia 2021, Inilah Kerjanya Selain Peninju

Penyokong Malaysia tampak berang dengan pemberian sepakan penalti kepada Vietnam yang dilihat tiada sentuhan berlaku daripada tonggak Harimau Malaya, Brendan Gan ke atas Nguyen Van Toan yang membuat simulasi di dalam kotak penalti sehingga memperdayakan pengadil.

Ryuji Sato.
Ryuji Sato.

“Woii hang (kamu) reff, xkan (takkan) xtaw (tak tahu) dia berlakon, awat (kenapa) hang teruk sangat weiii,” antara komen negatif yang dilontarkan dalam akaun Sato.

Antara komen lain: “Lain kali beli cermin mata kalau rabun”.

Dalam perlawanan berkenaan, Nguyen Tien Linh terlebih dulu membuka tirai jaringan pada minit ke-27, diikuti Guilherme de Paula menyamakan kedudukan pada minit ke-72, sebelum insiden yang menghantui Harimau Malaya itu berlaku pada baki 10 minit permainan.

Que Ngoc Hai menyempurnakan sepakan penalti berkenaan sekali gus menyaksikan Vietnam terus mendahului carta Kumpulan G dengan 17 mata, manakala Malaysia berada di tangga keempat, sembilan mata.

[VIDEO] SITUASI SEBENAR KONTROVERSI PENALTI MALAYSIA VS VIETNAM | 2021

Sumber: BH

About admin 980 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply