Rumah Transit Pendatang Myanmar Masuk Malaysia

Rumah Transit Pendatang Myanmar Masuk Malaysia

Rumah Transit Pendatang Myanmar Masuk Malaysia

Dua puluh pendatang tanpa izin (Pati) dari Myanmar yang mencari pekerjaan di Malaysia ditangkap di sebuah rumah terbiar di Sadao, selatan Thailand.

Bangkok Post melaporkan, serbuan dijalankan imigresen dan polis pada Selasa bagi menyekat perjalanan Pati itu yang mahu ke Malaysia.

Ketika serbuan, 20 individu dewasa terdiri daripada 16 lelaki dan empat wanita, berumur 19 hingga 26 tahun berada di dalam rumah itu.

Baca: Pesawat Mendarat Cemas, Sakit Perut, Taktik Pendatang Haram

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka adalah warga Myanmar dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Ketika ditahan, Pati itu tinggal dalam kumpulan dengan masing-masing setiap satu antara tiga hingga empat individu dan berada di sudut yang berbeza dalam rumah itu.

Mereka memakai reben berwarna di pergelangan tangan bagi menunjukkan tempat asal.

Pati itu, melalui jurubahasa, memberitahu polis bahawa mereka sudah ke merata-rata tempat di bandar Myanmar, untuk mencari pekerjaan di Malaysia.

Mereka dipercayai memasuki Thailand menggunakan laluan di sempadan di Prachuap Khiri Khan.

Difahamkan, ejen yang membawa masuk Pati itu menyediakan trak pikap untuk membawa mereka ke Padang Besar di Sadao dekat sempadan Malaysia-Thailand.-hmetro

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply