
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan Bantuan Prihatin COVID-19 2.0 kepada rakyat Sabah yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). RM128.98 Juta Bantuan Untuk Rakyat Sabah
Menurut satu kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor kelmarin (16 Januari) berkata, bantuan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM128.98 juta.
Katanya agihan yang akan dibuat adalah peruntukan RM97.4 juta bagi bantuan ‘One-Off’ RM300 seorang untuk seramai 324,661 orang terdiri daripada golongan e-kasih, B40, anak yatim, orang tua, orang kurang upaya, ibu tunggal, petani, nelayan, pekebun kecil, penternak, pemandu pelancong, malim gunung, porters, penggiat seni, pemandu teksi, pemandu bas, pemandu lori dan penjaja.
RM128.98 Juta Bantuan Untuk Rakyat Sabah
Tambahnya lagi, peruntukan NADMA berjumlah RM31.58 juta bagi perbelanjaan bakul makanan kepada penduduk Sabah yang terkesan akibat arahan perintah kuarantin di rumah dan lokaliti yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).-UB
Kenyataan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun sebelum ini memaklumkan lebih 2 juta rakyat Sabah menerima bantuan COVID-19 disalurkan kerajaan Persekutuan dan negeri sejak penularan pandemik itu sehingga Disember tahun lalu.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri akan memastikan kumpulan sasar terjejas akibat pandemik COVID-19 tidak akan terlepas atau terkecuali daripada menerima bantuan sepatutnya.
Baca: Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) Fasa Kedua
Leave a Reply