Bermula tahun lepas, rakyat Malaysia akhirnya boleh memperbaharui lesen memandu secara online melalui sistem renew lesen online MyEG.
Manakala bagi lesen memandu kompeten (CDL) pula boleh diperbaharui secara online sejak 16 Oktober 2020. Disamping perkara terburuk menghantui seluruh dunia pada tahun lalu, hikmahnya muncul satu kebaikan yang membuat kehidupan kita menjadi lebih mudah!
Inisiatif kerajaan kita sedikit sebanyak telah membantu kita tanpa perlu berbaris panjang, kaki lenguh dan penat, bersesak dan berisiko tinggi dijangkiti pssssstt palis-palis. Pindik kata orang bilang tanpa membazir masa, tenaga dan wang. Betul kaitu? jom baca selanjutnya di bawah.
Hanya di hujung jari anda, keseluruhan proses mengambil masa kurang daripada 10 minit! Apa yang paling penting melalui akaun MyEG ini juga anda dihubungkan terus dengan perkhidmatan online dengan agensi-agensi seperti PDRM, JIM, DBKL, JPN dan banyak lagi la. Daftar satu dapat banyak gitu.
Ikuti langkah-langkah mudah memperbaharui lesen memandu secara online melalui sistem renew lesen online MyEG berikut:
Langkah 1
Daftar akaun ke>>>>myeg.com.my
Anda perlu memasukkan ID dan kata laluan
Baca: Cara Menukar Penama Meter SESB
Baca: Cara Daftar MyASNB Secara Online
Langkah 2
Isi butiran yang diperlukan. Paling penting email dan password anda mestilah aktif dan boleh login untuk mendapat activation code yang dihantar ke email anda. Selepas selesai mengisi borang online ini tekan hantar dan periksa
Langkah 3
Login ke email anda untuk mendapatkan activation code dan masukkan paparan MyEG seperti di bawah.
Langkah 4
Setelah memasukkan kod klik ‘active account‘.
Langkah 5
Paparan seperti di bawah akan tertera. Sila klik ‘Jabatan Pengangkutan Jalan’.
Langkah 6
Paparan akan tertera seperti di bawah. Sila klik ‘DRIVING LICENSE RENEWAL’ / ‘PERBAHARUI LESEN MEMANDU’.
Langkah 7
Paparan akan tertera seperti di bawah. Baca dan fahami syarat-syarat yang dinyatakan dan klik ‘PROCEED’ / ‘TERUSKAN’.
Langkah 8
Isi maklumat pengguna seperti kad pengenalan, kategori, tempoh perbaharuan, nombor telefon bimbit, email dan kaedah pengambilan seperti. Rujuk paparan di bawah.
Langkah 9
Setelah klik ‘KAEDAH PENGAMBILAN’, anda perlu memasukkan alamat penghantaran seperti paparan di bawah.
Langkah 10
Caj penghantaran boleh dirujuk dengan jelas seperti imej di bawah. Setelah semuanya lengkap anda hanya perlu klik PROCEED / TERUSKAN dan anda telah selesai!! Mudah kan bosskuu.
Seterusnya hanya perlu menunggu penghantaran sambil rileks tengok tv amal SOP kita jaga kita.
Semoga bermanfaat!
Leave a Reply