
Seorang wanita di ditemui mati di dapur rumahnya di daerah Tenayan Raya, Pekanbaru, Riau, Indonesia.
Kematian itu dipercayai kerana membunuh diri selepas bertengkar dengan suaminya yang mahu menjual rumah mereka.
Meracun dua orang anak
Portal Kompas melaporkan sebelum menggantung dirinya dengan kain, wanita berkenaan sempat membunuh anaknya yang berumur enam bulan dan enam tahun dipercayai dengan cara meracun kedua-dua mangsa.
Mayat wanita berkenaan ditemui bersama sekeping nota bertulis “Maafkan aku, aku pergi, biarkan anak-anak ikut bersama.”
Baca: Lelaki Duduk Termenung Sebelum Menggantung Diri Di Jambatan Berhampiran Balai Polis Kota Kinabalu
“Difahamkan, suami wanita itu mahu menjual rumah didiami mereka untuk mendapatkan modal bagi menjalankan perniagaan.
“Wanita itu membantah jadi berlaku pertengkaran mulut antara dia dan suaminya.
“Suami wanita itu memintanya keluar untuk menenangkan diri, tetapi dia enggan kerana dalam keadaan beremosi ” katanya. – HMetro
Leave a Reply