Putera Digelar ‘Putera Tidur’, Koma Sejak 15 Tahun Lalu

Putera Digelar 'Putera Tidur', Koma Sejak 15 Tahun Lalu

Putera Digelar ‘Putera Tidur’, Koma Sejak 15 Tahun Lalu 

Jeddah: Puteri Arab Saudi, Rima Talal berdoa supaya anak saudaranya, Putera Al Waleed Khaled diberi kesembuhan selepas lelaki itu masih koma sejak 15 tahun lalu.

Dia berkongsi video lelaki yang digelar sebagai ‘Putera Tidur’ itu yang dimasukkan ke hospital akibat kemalangan kereta pada tahun 2005, lapor The National News.

Baca: Tidur Hanya 30 Minit Sehari Sejak 12 Tahun, Demi Nikmati Hidup

Putera berkenaan juga adalah anak saudara kepada jutawan Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal.

“Kekasihku, semoga Tuhan melindungi kamu, menyembuhkanmu, dan memulihkanmu,” tulis Puteri Rima di Twitter.

Di dalam klip yang dimuat naik itu, kelihatan Putera Al Waleed diberi bantuan mesin sokongan hayat dengan badannya diselimuti bendera Arab Saudi tertera tulisan ‘Negara Kita di Hati Kita’.

Bapanya, Putera Khaled, berharap anaknya akan pulih sepenuhnya.

Putera Digelar ‘Putera Tidur’, Koma Sejak 15 Tahun Lalu 

“Seseorang bertanya kepada saya, mengapa anda tidak mencabut bantuan oksigen daripada anak anda?

“Saya menjawab bahawa jika kehendak Tuhan dia mati dalam kemalangan itu, maka anak saya akan berada di kuburnya,” katanya.

Oktober tahun lalu, Puteri Noura Talal, memuat naik video Putera Al Waleed, menggerakkan jarinya.

Dia memberi respons kepada sapaan dengan menggerakkan jari beberapa kali dan mengangkatnya lebih tinggi selepas diminta berbuat demikian.

“Putra kesayangan yang dikasihi, segala puji bagi Allah, yang menghidupkan siapa yang dikehendaki dengan perintah-Nya.

“Segala puji bagi Tuhan, yang memulihkan kesihatanmu, jadi jangan putus asa dengan kuasa Tuhan,” tulisnya.-hmetro

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply