Beberapa kawasan yang sering dinaiki air setiap kali berlakunya hujan lebat sehingga terjadinya banjir termenung di beberapa daerah di Kelantan sudah dikenal pasti Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, bagi menyelesaikan masalah itu, beliau akan berbincang dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri serta daerah dalam masa terdekat.
“Selain itu, ada juga kebanyakan kawasan yang air tidak dapat mengalir disebabkan tidak ada parit atau longkang, dan jika ada sekali pun mungkin ia tertimbus kerana ada penduduk yang menambak tanah bagi meninggikan kawasan kediaman masing-masing dan ini masalah yang kita hadapi.
Baca: 6 Polis Ditahan Sedang Berkaraoke Di Kelantan
“Jadi dari segi penyelarasan, saya berharap supaya longkang-longkang utama ini tidak ditutup kerana ia akan menimbulkan masalah di kawasan lain pula,” katanya ketika ditemui di Taman Desa Wangi, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, kawasan air termenung memerlukan satu longkang besar untuk menampung takungan air yang menyebabkan terjadinya banjir termenung.
“Bagaimanapun, ada sesetengah tempat yang memerlukan kajian dengan lebih lanjut. Sebagai contoh membabitkan kawasan luas dan pengambilan tanah yang mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan.
“Namun bagi tempat yang tidak mempunyai masalah, kita akan menyelesaikannya dengan kadar segera,” katanya.-hmetro
Leave a Reply