Petua Hilangkan Gastrik

Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Untuk anda yang mengalami penyakit ini perlu tahu beberapa petua hilangkan gastrik.

Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali

Petua hilangkan gastrik: 4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda, termasuk:

1).Pisang

Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.

Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik.

Baca: gastrik

2).Susu sejuk

Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut
Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.
Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik.

3).Bunga cengkih

Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.
Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut

Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4).Halia

Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.

Artikel menarik: Khasiat Waktu Pagi

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply