Permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 RM3,000 Dibuka sehingga 31 Oktober 2020

GKP atau Geran Khas Prihatin ini bertujuan untuk membantu para usahawan kecil (PKS) yang terkesan akibat COVID-19.

Kerajaan telah memperuntukkan RM600 juta bagi membantu meringankan beban 200,000 PKS Mikro.

Anda Layak GKP 2.0?

~Bantuan ini hanya untuk usahawan yang belum menerima GKP sebelum ini~

Lain-lain syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik

Selain itu, pemohon mestilah berdaftar dengan beberapa agensi berikut:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020

Permohonan Baru Geran Khas Prihatin

Permohonan baru akan dibuka bermula 1-31 Oktober 2020.

Permohonan boleh dibuat di portal rasmi di bawah:

https://gkp.hasil.gov.my

Sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.

Pemohonan boleh membuat semakan status permohonan mulai 15 November di portal yang sama.

Tarikh Pembayaran

Mengikut info yang kami terima, pembayaran akan dibuat bermula 25 November secara one-off sebanyak RM3,000.

 

Artikel berkaitan:

Semakan Permohonan BPN 2.0 Dibuka Pada 15 Oktober 2020

 

About admin 1144 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply