
London: Seorang pemuda sanggup berhabis AS$14,000 (RM57,995) mengubah wajah untuk tampil seperti Ken, karakter teman lelaki Barbie, patung mainan terkemuka.
Itu obses seorang pemuda yang bernama Jimmy Featherstone, 22, yang menjalani pembedahan plastik pada bahagian wajahnya iaitu bibir, dan juga memasukkan implan pipi serta melakukan rawatan venir gigi.
Pengarah sebuah butik di Hull, timur laut United Kingdom itu berkata, perjalanan hidup pemuda itu untuk mengubah wajah dan penampilannya kepada Ken, teman lelaki Barbie, bermula sejak setahun lalu.
Baca: Gelandangan Jadi Model Kerana Wajah Dan Tona Kulit Yang Sempurna
“Saya baru saja membuat pelbagai prosedur dalam tempoh 12 bulan lalu dan ini baru saja permulaan.
“Saya mahu jadi seperti Ken kerana dia (Ken) luar biasa,” katanya kepada SWNS yang dipetik New York Post.
Katanya, dia berhenti sekolah pada usianya yang masih muda iaitu hanya 16 tahun dan membuat pelbagai pekerjaan untuk menyimpan wang bagi membiayai prosedur kosmetik dan pelbagai prosedur rawatan.
Menurutnya, setiap minggu dia membuat rawatan rambut di salun untuk mengekalkan gaya rambut berwarna perangnya itu.
Selain itu, dia menghabiskan wang berjumlah lebih AS$400 (kira-kira RM1,657) untuk rawatan bibir dan pipinya serta merancang membuat prosedur hidung pada bulan mendatang.
Featherstone yang bakal muncul dalam program realiti televisyen UK berharap dapat menemui cinta sejati yang memahami minatnya itu.
Bahkan dia tidak peduli apa orang kata tentang dirinya kerana dia melakukan apa yang dia inginkan.-hmetro
Leave a Reply