Pemohon Boleh Keluar Pendahuluan Akaun 1 KWSP Sehingga RM60,000

Permohonan melalui i-Sinar, yang diperkenalkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai kemudahan akses pengeluaran simpanan persaraan akaun 1 akan memberi manfaat kepada dua juta ahlinya yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau ketiadaan pendapatan.

Ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 bawah RM90,000 mempunyai akses amaun pendahuluan sehingga RM9,000 kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias.

Bagi mereka yang mempunyai simpanan persaraan dalam Akaun 1 melebihi RM90,000, akses pendahuluan yang diberi adalah 10 peratus bagaimanapun amaun simpanan yang boleh didahulukan adalah RM60,000.

Amaun pendahuluan ini, katanya, akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000 (simpanan bawah RM90,000) atau RM10,000 (simpanan atas RM90,000).

KWSP akan memberikan pendahuluan kepada ahli yang terjejas dengan dikreditkan dalam akuan bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat bermula Januari 2021.

Apabila mereka sudah mendapat pekerjaan dan mula mencarum jumlah itu akan dibayar semula. Caruman baharu itu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan itu digantikan semula.

Sehingga caruman kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.

Kredit: Berita Harian

Baca info: Syarat Pengeluaran i-Sinar Akaun 1 KWSP

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply