Pemilik Ladang Larang Ambil Gambar Berbogel

Pemilik Ladang Larang Ambil Gambar Berbogel

Pemilik Ladang Larang Ambil Gambar Berbogel

Seorang pemilik ladang di United Kingdom (UK) meminta pelawat berhenti mengambil gambar dalam keadaan berbogel di ladang bunga matahari miliknya.

Portal CNN melaporkan, pemilik ladang buah di Pulau Hayling dekat di luar pantai selatan England, mengeluarkan permintaan itu di laman sosial selepas menyedari semakin ramai pengunjung membuat onar dengan bergambar bogel bersama bunga di ladang miliknya.

“Peringatan kepada semua yang ladang itu adalah kawasan kunjungan keluarga jadi sila jaga kelakuan dan cara berpakaian.

Baca: Pelancong Bergambar Separuh Bogel Diusir

“Kami terima banyak laporan mengenai tindakan mengambil gambar dalam keadaan berbogel dan ini tidak boleh berlaku di tempat kami,” kata pemilik ladang menerusi hantaran di Facebook (Fb).

Sam Wilson dan kakak Nette Petley menguruskan ladang yang diusahakan oleh datuk mereka.

Ladang seluas 142 hektar itu mempunyai tanaman gandum, kacang, kentang, labu, labu, jagung manis, jerami dan bunga matahari.

Wilson memberitahu CNN pada Jumaat terdapat kira-kira enam insiden individu bergambar bogel di ladang bunga matahari sejak ia dibuka kepada pengunjung pada akhir bulan lalu.

“Kami selalu ada orang yang mengambil gambar yang berisiko tetapi ini tahun pertama ia memberi masalah, disebabkan itu kami meletakkan papan tanda,” katanya.

Wilson berkata, dia dan pasukannya memutuskan untuk meletakkan papan tanda di sekitar ladang selepas sepasang kanak-kanak melihat apa yang sedang berlaku

“Ladang kami bebas dan tempat bergembira tetapi melarang pelawat berbogel di khalayak.

“Ia adalah tempat yang sangat gembira dan menyeronokkan tetapi ia mengenai orang sekeliling dan menghormatinya.

“Tapak ini sangat besar dan terdapat begitu banyak tempat yang kamu boleh bersembunyi tanpa sesiapa temui selama lebih sejam, tetapi kejadian itu berlaku secara terang-terangan,” katanya.-hmetro

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply