Pelitup Muka Jepun, Lulus Ujian Makmal Dan Boleh Dimakan

Pelitup Muka Jepun, Lulus Ujian Makmal Dan Boleh Dimakan

Pasti ramai yang tahu Jepun sering mencipta produk yang pelik tetapi menarik. Memilih pelitup muka, ciri-ciri dan keutamaan sebelum membeli adalah mencari jenis yang mampu melindungi diri daripada virus berbanding rekaannya.

Ini kerana kebanyakan pelitup muka mempunyai rekaan yang sama cuma berbeza dari segi warna dan ketahanannya melindungi seseorang terhadap virus.

Baca: Hotel Di Jepun Hanya RM4.95 Semalam Dengan Syarat Pelik

Namun sebuah syarikat di Jepun iaitu Goku No Kimochi The Labo membuktikan sebaliknya bahawa pelitup muka bukan sekadar dipakai melindungi diri tetapi ia juga boleh dimakan. Pelik tapi benar.

Syarikat tersebut melancarkan pelitup muka berbentuk melon pan atau roti melon yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Jepun sebagai snek.

Bagi merealisasikan idea itu, Goku No Komicho The Labo bekerjasama dengan pengeluar roti melon terkenal di Tokyo, Melon de Melon.

Pelitup muka roti yang boleh dimakan.
Pelitup muka roti yang boleh dimakan.

Melon de Melon menyediakan roti melon yang kemudiannya dijadikan sebagai pelitup muka. Menariknya, pelitup muka itu turut mendapat kelulusan daripada lembaga ujian pelitup muka Untika Garmentec Research.

Menurut lembaga itu, pelitup muka roti melon dapat memberikan perlindungan tinggi seperti pelitup muka biasa yang berada di pasaran dalam melindungi diri daripada virus.

Kajian yang dilakukan mendapati, ia dapat berfungsi sebagai alat pencegah virus meskipun ia makanan. Ini kerana, seseorang dapat mengigit roti itu dari bahagian dalam ketika mulut ditutup oleh topeng itu.

Pelitup muka itu dijual secara eksklusif di semua kedai The Labo yang didatangkan dengan lima pelitup muka roti melon dan dijual pada harga 1,800 Yen atau RM67.

Sumber: mstar

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply