Seorang pelajar tingkatan tiga dilaporkan dirogol lelaki baru seminggu dikenali menerusi Facebook di sebuah hotel di Bahau Jempol tengah malam kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata mangsa berumur 15 tahun dilaporkan mengikut suspek berusia 32 tahun dengan menaiki kereta pada jam 12 tengah malam.
Suspek membawa gadis berkenaan menginap di hotel sebelum merogol mangsa yang juga pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah ini.
Keesokan paginya suspek dan mangsa keluar hotel sebelum sebelum membawa mangsa bersiar-siar sekitar bandar Seremban.
“Suspek hanya menghantar mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik pulang ke rumahnya pada jam 10 malam,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Hafiz berkata, suspek yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu membuat laporan polis di Balai Polis Bahau pada jam 6.55 petang semalam.
Katanya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa sebelum mangsa ditahan wad di hospital berkenaan.
“Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan milik keluarganya kemudian ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Berdasarkan siasatan, mangsa tinggal bersama neneknya di sebuah kampung di Bahau manakala kedua ibu bapanya sudah bercerai” katanya.
Sumber: BH Online
Artikel menarik:Permohonan eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2020
Permohonan eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2020
Leave a Reply