Patung ‘Isteri’ Disangka Wanita Lemas, Pasukan Penyelamat Buang Masa

Patung 'Isteri' Disangka Wanita Lemas, Pasukan Penyelamat Buang Masa

Patung ‘Isteri’ Disangka Wanita Lemas

Tokyo: Segerombolan polis, pasukan penyelamat dan ambulans kesihatan Jepun berkumpul di Hachinohe Bay pada Jumaat bagi tugas menyelamat yang terbukti hanya sia-sia.

Pihak berkenaan sebelum itu menerima panggilan kecemasan yang mendakwa terdapat wanita lemas di perairan berkenaan namun hakikatnya ia hanyalah sebuah patung yang hanyut di situ.

Kejadian dikongsi seorang YouTuber Jepun dikenali Tanaka Natsuki yang merakam video mengenai memancing di kawasan itu sebelum ternampak benda terapung.

“Saya ingatkan mayat terapung di atas air, tetapi rupanya ia adalah patung Dutch wife (patung seks) dan nampaknya ada orang yang telah salah anggap, lalu menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan mangsa.

“Segerombolan pasukan polis, jentera bomba dan ambulans tiba untuk kerja menyelamat itu. Syukurlah ‘isteri’ terbabit berjaya diselamatkan,” katanya menerusi hantaran di Twitter seperti dilapor Soranews24.

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi warganet yang ada antaranya menyifatkan keadaan patung itu hanyut dalam keadaan terbalik menyebabkan ia kelihatan seperti orang.

Disebabkan itu, ada pengguna media sosial yang mengatakan tidak wajar menyalahkan orang yang menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan ‘mangsa’.

“Ia lebih baik daripada menyesal kemudian,” kata seorang pengguna media sosial.-hmetro

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply