Pasport Masuk Sabah Sarawak

Pasport Masuk Sabah Sarawak

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa orang semenanjung yang ingin datang ke negeri Sabah Sarawak perlukan dokumen perjalanan iaitu pasport. Bagi yang pernah datang Sabah mungkin sudah tahu, tetapi mereka yang tidak pernah datang mungkin hairan juga kan, kenapa perlu pasport masuk Sabah Sarawak ni.

Sejarah Ringkas Imigresen Malaysia

  1. Semasa pembentukan Malaysia pada tahun 1963, imigresen sedia ada di semenanjung atau Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu telah memperluaskan akta imigresen yang dipanggil Akta Peralihan bagi melindungi kepentingan kedua-dua wilayah Sabah dan Sarawak. Selain kawalan kemasukan keluar masuk bukan warganegara, termasuk jugalah kawalan kemasukan warganegara dari Malaysia Barat (semenanjung).
  2. Ibrahim bin Ali adalah Pengawal Imigresen Nasional (kini ketua Pengarah Imigresen) yang pertama yang dilantik pada 1 Januari 1967. Pengawal Imigresen ditukar nama ke Ketua Pengarah Imigresen pada tahun 1969 selain semakan dan kajian akta yang dibuat untuk kesesuaian negeri Sabah dan Sarawak.
  3. Ibu Pejabat pertama terletak di Pulau Pinang (1947), berpindah ke Jalan Tugu Kuala Lumpur pada 1965 kemudian ke bangunan BUKOTA Kuala Lumpur pada tahun 1981. Kini Ibu Pejabat Imigresen Malaysia terletak di Putrajaya sejak 2004.

Baca: Ujian Calitan (Swab Test) Keluar Masuk Sabah dan Malaysia

Dokumen dibahagi kepada dua seperti berikut:

Dokumen Gantian Perjalanan

1. Tujuan

Dokumen ini dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia dari Semenanjung untuk membuat lawatan ke Sabah atau Sarawak sebagai alternatif kepada Pasport Malaysia dan Dokumen Perjalanan Terhad.

2. Tempoh Sahlaku

Sekali perjalanan sahaja dan dianggap sebagai Pas Lawatan Sosial atau Bisnes yang melayakkan pemegangnya masuk dan tinggal di Sabah atau Sarawak bagi tempoh tidak lebih tiga (3) bulan.

3. Syarat-Syarat Am

  • Dokumen ini boleh diperolehi di kaunter Balai Ketibaan lapangan terbangKota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.
  • Tidak dikenakan bayaran.
  • Tidak perlu akuan persetujuan ibu/bapa/penjaga.

4. Pemohon

PemohonSyarat-syarat
Berusia 12 tahun ke atas
  • Kad Pengenalan
  • Kad pengenalan polis/tentera
Berusia bawah 12
  • Sijil kelahiran atau
  • Sijil anak angkat

Dokumen Perjalanan Terhad

1. Tujuan

Tujuan Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.

2. Tempoh Sah laku

Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi

3. Syarat-Syarat Am

  1. Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42) yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
  2. Gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm – dua (2) keping
  3. Dokumen Perjalanan Terhad yang sedia ada (jika berkaitan)
  4. MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11) bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun.
  5. Sijil Kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun.
  6. Pemohon mesti hadir semasa permohonan dibuat.

4. Bayaran

RM 5.00

5. Senarai Pejabat Pengeluar Dokumen Perjalanan Terhad (DPT)

Semoga bermanfaat!

About admin 1144 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply