PM Umum Pakej Bantuan Khas Petang Ini

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat Pengumuman Pakej Bantuan Khas pada 4 petang ini.

Pengumuman khas itu akan disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen RTM, BERNAMA TV, TV3 dan Astro Awani.

Muhyiddin dijangka mengumumkan pakej bantuan khas itu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat yang dilaksanakan di negara ini.
Image may contain: 1 person, text that says "ਪm PEJME PENGUMUMAN PERDANA MENTERI PAKEJ BANTUAN KHAS 18 JANUARI 2021 4.00 PETANG Siaran Langsung rm TV astro AWANI"
Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula 13 Januari sehingga 26 Januari.

Kerajaan turut melaksanakan PKP di seluruh Kelantan dan juga Sibu, Sarawak bermula 16 Januari berikutan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di kawasan itu.-hmetro

Sebelum ini, Seri Paduka Baginda memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos depan atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Proklamasi Darurat bertujuan membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini mendapat diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas menerima menghadap Muhyiddin di Istana Negara pada Isnin.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan dengan cadangan kerajaan bagi pembentukan satu jawatankuasa bebas yang akan dianggotai oleh ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

Muhyiddin dalam perutusan khas pada jam 6 petang Isnin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi enam negeri untuk tempoh 14 hari mulai 13 Januari hingga 26 Januari.

Enam negeri berkenaan, Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Sementara itu PKP Bersyarat akan melibatkan enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah Terengganu dan Kelantan

PKP Pemulihan pula akan dilaksanakan di Perlis dan Sarawak.

Baca: RM128.98 Juta Bantuan Untuk Rakyat Sabah

About admin 1190 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply