Pakaian Dipakai Wanita Antara Dirampas Bantu Siasatan Kes Ugut Polis

Pakaian Dipakai Wanita Antara Dirampas Bantu Siasatan Kes Ugut Polis

Pakaian Dipakai Wanita Antara Dirampas Bantu Siasatan

Wanita yang tular dalam rakaman mengugut anggota polis di sekatan jalan raya di Jalan Kepayan, di sini, pada Khamis lalu, direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut.

Wanita berusia 34 tahun itu ditahan di kondominiumnya di Jalan Lintas, di sini, kira-kira jam 11.20 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata ketika ditahan, polis turut merampas pakaian dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.

Katanya, polis turut mengambil tiga lagi telefon pintar milik anggota polis yang bertugas bagi membantu siasatan lanjut.

“Pakaian dirampas itu bagi mengenal pasti ia pakaian dipakai wanita terbabit dalam kejadian yang dirakam dalam video berkenaan.

“Ketika insiden itu, polis mengeluarkan saman terhadap wanita berkenaan atas kesalahan tamat tempoh cukai jalan dan insurans kenderaan.

“Bagaimanapun, berlaku kekecohan sehingga wanita terbabit mengeluarkan kenyataan ugutan selepas saman dikeluarkan terhadapnya,” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya turut mengambil keterangan daripada seorang pegawai dan tujuh anggota serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, hasil siasatan lengkap akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan kini sudah 80 peratus dan wanita itu juga memberikan kerjasama baik sejak ditahan,” katanya.-BH

About admin 1144 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply