
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. Sajat Buat Hal, Kini Disiasat JAIS
JAIS dalam kenyataan memaklumkan, siasatan terhadap Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai kelakuannya pada 2018 dan 2020.
Menurut jabatan itu, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan usahawan berkenaan berkaitan insiden membabitkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS, baru-baru ini.
“Sajad sudah membuat laporan polis berkaitan insiden itu.
“Pegawai penguat kuasa berkenaan juga dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan mengenai pendedahan Sajat berkaitan layanan tidak wajar penguat kuasa JAIS terhadapnya dan dia turut ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu pada 6 Januari lalu.
Sajat turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan penguat kuasa berkenaan walaupun dia sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.
Sajat dilaporkan mendakwa pihak JAIS seolah-olah melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan serta digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri.-hmetro
Nama Sebenar: Nur Sajat Fariz
Umur: 30 Tahun (2015)
Jantina:Asal Lelaki sejak Lahir
Status: Bujang
Asal: Perak
Tinggi: 173 CM
Instagram: https://instagram.com/nursajat02/
Pekerjaan: Ahli perniagaan, Model
Nama Perniagaan: Nur Sajat Beautician (Beauty and SPA)
Bilangan Anak Angkat: 2 Orang (Syaza dan Syahmi)
Kejayaan Juara Kategori Mak Nyah (Pondan):
2008 – Miss Tourism 2008
2010 – Miss Lingerie 2010, Miss Malaysia 2010 & Miss Universe 2010.
2013 – Miss Queen International Malaysia 2013.
Baca info: Dadah Bernilai RM125.8 Juta Dirampas
Leave a Reply