Novak Djokovic Hadir Majlis Tanpa Pelitup Muka Walaupun Positif

Novak Djokovic Hadir Majlis Tanpa Pelitup Muka Walaupun Positif

Novak Djokovic Hadir Majlis Tanpa Pelitup Muka Walaupun Positif

Novak Djokovic yang dikatakan mendapat pengecualian vaksin Covid-19 di Terbuka Australia kerana positif pada 16 Disember didapati menghadiri majlis pemain remaja di Belgrade tanpa memakai pelitup muka sehari selepas melakukan ujian.

Dalam pemfailan kepada mahkamah persekutuan yang ingin membatalkan pembatalan visa kemasukannya, peguamnya berkata bahawa ‘tarikh ujian PCR Covid-19 positif pertama direkodkan pada 16 Disember 2021.

Persekutuan Tenis Belgrade, dalam hantaran Facebook pada 17 Disember melaporkan Djokovic menyerahkan trofi dan anugerah kepada pemain muda terbaik 2021.

Baca: 10 Fakta Menarik Sukan Ping Pong Ramai Tak Tahu

Upacara berkenaan yang diadakan di Pusat Tenis Novak di ibu negara Serbia, hanya dihadiri oleh pemenang anugerah berikutan peraturan yang ditetapkan akibat pandemik berkenaan.

Ia turut disertakan dengan beberapa keping gambar Djokovic, bergambar bersama pegawai persekutuan dan kira-kira 20 pemain remaja memegang trofi dan anugerah masing-masing.

Tidak ada seorang pun yang memakai pelitup muka ketika itu.

Visa pemain nombor satu dunia itu dibatalkan kerana gagal memenuhi syarat Covid-19 kemasukan ke Australia, perkembangan yang mendapat perhatian seluruh dunia serta mencetuskan kemarahan rakyat Serbia.

Djokovic yang lantang menolak pengambilan vaksin, tiba di Australia minggu ini untuk beraksi di Terbuka Australia dalam usahanya untuk mempertahankan kejuaraan selain memburu gelaran Grand Slam ke-21.

Rayuannya akan didengar di mahkamah pada Isnin ini dan dia juga meminta dipindahkan ke tempat yang mempunyai kemudahan untuk berlatih bagi Terbuka Australia.-hmetro

About admin 980 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply