NGO Cadang Musa Ketuai Majlis Pulih Ekonomi Sabah

Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mencadangkan kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Sabah (MPENS) untuk memulihkan ekonomi.

G57 juga itu mencadangkan supaya bekas ketua menteri Musa Aman sebagai ketua.

“Majlis itu perlu dibentuk segera untuk melonjakkan semula ekonomi negeri apabila “terjejas teruk” selepas Warisan mengambil alih kerajaan sepanjang 2 tahun lalu” kata Pengerusi G57 Zulkarnain Mahdar.

Tambahnya lagi, Musa berpengalaman luas dalam mengurus ekonomi dan meninggalkan rekod yang baik sebagai bekas ketua menteri.

Baca: PBS Tidak Tanding PRK Batu Sapi, Bantu Calon GRS

“Majlis dicadangkan itu akan memberi nasihat kepada kerajaan Sabah, membantu merancang program pembangunan dan menarik pelabur asing ke negeri ini,” katanya dalam kenyataan pada 20 November.

“Diharap kerajaan Sabah yang baharu dapat memujuk Musa untuk mengetuai majlis penasihat ini kerana pengalamannya sangat diperlukan.”

Zulkarnain berkata, ketika pentabiran Musa keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Sabah antara tertinggi di Malaysia iaitu 8.2%.

Katanya, bawah kepemimpinan Musa rezab kewangan negeri mencecah RM3 bilion dalam masa kurang dari 10 tahun.

Menurutnya, ketika Musa menggantikan Chong Kah Kiat sebagai ketua menteri pada 27 Mac 2003, rezab hanya RM180 juta.

“Pencapaian luar biasa Musa turut mendapat pengiktirafan apabila kerajaan Sabah semasa era beliau sebelum ini mendapat sijil tanpa teguran selama 15 tahun beturut-turut dan pengiktirafan anugerah “Triple-A” atas urus tadbir kewangan yang baik oleh Jabatan Audit Negara”.

“Musa turut digelar sebagai ‘arkitek dan bapa pembangunan Sabah’ dan satu-satunya anak jati Sabah tunggal yang pernah memiliki bank sendiri,” katanya.-FMT

 

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply